Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 160 : Adam Haris

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Adam Haris ? Siapa Dia ? Hahaa.. Malam semalam aku berbual dengan Wawa, dia katakan yang dia dah ada nama untuk anak lelaki.. Hahaa.. 🙂 . Ini just diari gurau-gurau jer lah ye.. jangan ambil serius 🙂 . Malam-malam hujan begini, takde apa nak cerita sangat.. Hahaa.. 🙂

Lepas itu aku katakan, sekiranya dia memilih untuk menamakan anak lelaki, aku akan pilih nama untuk anak perempuan pula 🙂 . Dia katakan, nak namakan apa, Aisyah ? Hahahaa. Aku katakan, aku tak berani untuk letak nama tue, nanti dia mengamuk pula.. Hahaaa. 🙂 . Sebenarnya dalam fikiran aku dah ada nama untuk anak perempuan, nak tahu apa ?

Aisyah Shaharina 🙂 . Itu nama yang aku nak letak sebenarnya. InsyaAllah, mana tahu, sekiranya itu dah ditakdirkan (ditulis) di Luh Mahfuz suatu ketika dahulu. Adam Haris Bin Khairul Azahar dan Aisyah Shaharina Binti Khairul Azahar … Heheee.. 🙂 . Sekiranya semua ini jadi nyata suatu ketika nanti, tentunya diari ini akan menjadi saksinya.. 🙂

Okay, habis bab tue.. 🙂 . Alhamdulillah, sebentar tadi aku dah berjaya integrate payment gateway kedalam Lelakiberlari Digital Shop . Dah boleh melakukan transaksi pembayaran secara online melalui Internet Banking secara Automatik. Kira dah lengkap lah satu proses laman web E-Commerce . Aku cuba try lakukan transaksi tadi, alhamdulillah berjaya, cuma ada beberapa masalah sedikit (seperti email dan lain-lain). Tapi itu aku boleh settlekan kemudian..

Kepada yang berminat untuk memliki laman web E-Commerce yang complete atau apa jua jenis laman web perniagaan, InsyaAllah aku boleh deliver hasil kerja dengan baik. Harga takde masalah, boleh runding. Email aku di [email protected] , then aku akan berikan portfolio kerja-kerja yang pernah aku lakukan sebelum ini. 🙂 . Sekiranya anda suri rumah sepenuh masa, ibu tunggal, bapa tunggal, pelajar kolej ataupun universiti yang mencari pendapatan melalui perniagaan, meh Whatsapp aku. InsyaAllah, aku boleh buatkan secara percuma tanpa sebarang kos.

Khairul Azahar Sharriffuddin
30 Oktober 2019 12:37 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 159 : Walaupun Sebesar Zarah
Next Post Diari 161 : Melangkau Hari