Diari 151 : Aku

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, malam nie aku berjaya migrate kan blog lelakiberlari.com ke provider web hosting yang baru. Sekitar jam 9 malam tadi, aku cuba untuk mengakses blog, tapi tak boleh, aku suspect server down. Aku periksa di dalam panel DNS, ada error signal. Dah agak kerap juga ia terjadi. Aku pun dah malas nak fikir panjang, terus aku migrate kan kesemua website aku ke provider yang lain.

Data Centre agak jauh sedikit (Usa). Sebelum nie aku gunakan Data Centre di Singapore, speed dan performance memang terbaiklah. Tapi disebabkan aku dah malas nak ada isu-isu remeh macam nie dan juga perlu manage terlalu banyak panel account, jadinya migration adalah pilihan tepat buat masa ini. Lagipun, aku selalu sangat lupa password (banyak sangat account).. hahaa..

InsyaAllah beberapa website yang aku planning untuk disiapkan pada hujung bulan 10 ini, boleh dikatakan sudah hampir 95% siap. (Alhamdulillah). Kiranya aku ada masa sebulan lagi lah untuk rehat dan bebas.. Hahaa.. 🙂 . Boleh lah mana-mana.. Rezeki Allah ada dimana-mana jer, jika Allah s.w.t berkehendakkan sesuatu kepada seseorang, maka tiada seorang pun yang dapat menghalangnya.

Aku berusaha untuk mendapat yang terbaik dalam hidup aku, kiranya semua tak menjadi seperti mana yang aku inginkan, aku akan tetap berusaha.. dan berusaha lagi, tanpa putus asa. InsyaAllah, sebelum aku mati, aku nak semuanya jadi realiti.. :-). Cuma usia jer yang sekarang nie membataskan cita-cita aku. Jika aku masih muda belia lagi, semuanya pasti aku lakukan dengan keghairahan.

Pernah tengok kaki game tak ? Macam mana diaorang boleh duk lepak main game tak berhenti dari pagi sampai ke malam, aku pun tak faham.. Hahaa.. (aku tak main game, tak minat). Tapi masa aku muda-muda dulu..chewahh.. hehe.. macam tuelah minat aku kepada bidang IT nie. Aku boleh berjaga dari pagi sampai malam dan sampai pagi esoknya lagi. Tapi sekarang nie dah tak boleh lah (dah tua)..Haaa..

Aksara Yang Tersusun

Okay, jam pun dah nak dekat pukul 2 pagi. Aku pun dah nak tidur nie. Just aku pendekkan cerita jer lah ye.. Hahaa.. 🙂 . Apa yang dimaksudkan dengan aksara yang tersusun ? Pernah baca ayat copywriting di dalam social media ataupun laman web tak ? Pernah terfikir tak, macam mana diaorang begitu mahir mencipta ayat-ayat yang berbunga-bunga seperti itu untuk menarik audience ? Itulah lah namanya, copywriting

Copywriter sekarang nie dah menjadi salah satu cabang di dalam bidang pemasaran (marketing). Kalau mahir, boleh buat duit dengannya, takpun minta kerja dalam bidang sales & marketing pun boleh. Dah bertahun aku study tentang copywriting nie, tapi satu pun tak pernah berhasil. Aku akan termenung jer bila cuba untuk menulis ayat copywriting.. Haha.. last-last give-up..

“Apasal aku tak boleh buat ayat copywriting ?”. Tertanya di dalam benak fikiranku. Fikir punya fikir, hari ini aku dapat jawapannya… Hahaa.. Serius aku jumpa jawapannya, AKU . Ya, AKU, itulah jawapannya. Baru aku perasan, mengapa setiap kali aku cuba untuk menulis ayat copywriting, aku akan stuck (umpama kehilangan idea). Sebabnya aku tak menceritakan ia dari sudut diri aku sendiri. Selama ini aku menulis diari menggunakan kaedah bercerita, (ada sifat diri dan keakuan). Teknik itulah sepatutnya aku gunakan apabila menulis ayat copywriting..

Alhamdulillah, hari ini buat pertama kalinya aku berjaya buat ayat copywriting sendiri (dah post dalam Facebook).. hahaa..Aku gunakan nama “Abang khai”.. Haha.. Bila aku guna nama nie, aku akan ingat adik-adik yang rapat dengan aku sebelum nie. Diaorang selalu panggil nama aku, “abang khai..abang khai”.. haha.. Aishh.. rindu pula nak lihat telatah dan lawak-lawak diaorang :-). Okaylah ye, dah nak pagi nie, nak tidur. InsyaAllah, mungkin esok ada khabar gembira untuk diri aku..InsyaAllah 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
25 September 2019 2:13 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Share Artikel Ini Di Whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak tanya ? Meh WhatsApp !

Seorang Freelance Web Developer, Budak Kurus Dan Selalu Migrain !!.. Nak Buat Website Super Murah ? WhatsApp jer..

Lelakiberlari.com

Khairul Azahar Sharriffuddin

Online

Khairul Azahar Sharriffuddin

Salam, what can i do for you ? 00.00