Diari 149 : Berlari Mencari Pelangi

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Sebelum tue, meh kita dengar petikan gitar daripadaku yang telah ku muat naik di channel instagramku malam tadi. Aku guna gitar akustik (guitar elektrik bunyi tak berapa nak best sebab takde gadget). Alhamdulillah, hari ini pun sihat 🙂 Yehhhh… Hahaa.. Dengarkan solo “sentuhan kecundang” Ekamatra.

Boleh lah kan ? Haha.. tak berapa nak pandai main sebenarnya, tapi minatlah (sampai sakit jari-jemari).. 🙂 . Aku start main gitar ketika usiaku 13 tahun, nak tahu tak lagu pertama yang aku main ? Hahaa.. lagu hindustan “Dil To Pagal Hai”. Aku boleh ingat lagi keadaannya dengan sangat jelas, macam baru semalam jer terjadi, tapi sebenarnya sudah hampir 20 tahun ia berlalu. Aku sanggup kayuh basikal untuk pergi ke rumah kawan aku, takdelah jauh sangat, adalah dalam 3-4km dari rumah. Datang semata-mata nak main gitar jer… Hehee..

Okay, untuk diari malam ini, aku nak kongsikan beberapa perkara lah. Aku anggap perkara ini sangat penting. Aku lihat sendiri bagaimana perkara-perkara ini telah terhakis dari dalam diri manusia. Aku tak kata orang zaman ini, mungkin orang zaman dahulu lebih teruk keadaannya… Nak tahu apa perkaranya ?

Kejujuran

Ya, kejujuran ! Orang kata sifat ini tidak wujud di dalam dunia, benar kah ? Tak tahulah kan ? Tapi sebelum tue, tahukah apa yang di ertikan dengan kejujuran ? Jom lihat pengertiannya di dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat :-

Kejujuran membawa maksud, sifat jujur; kelurusan hati; ketulusan hati:  dan jujur pula bersinonim dengan lurus hati, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, suci hati, putih hati, benar, boleh dipercayai, mukhlis, sadiq, mustakim; Jika dilihat dari maksudnya, semuanya tertumpu kepada hati dan sifatnya tersembunyi kan ? Jadi macam mana nak judge kejujuran seseorang itu ? Sukar kan ? Ada yang berkata begitu-begini, tapi akhirnya adakah dia jujur dengan kata-katanya itu ?

Orang kata, duit boleh beli segalanya termasuklah kejujuran seseorang. Aku tak nafikan semua itu. Sekuat manalah hati seseorang itu untuk mampu menahan godaan dunia. Prinsip kejujuran dalam kehidupan nie umpama menggengam bara api. Nak ke seseorang itu hilang semua nikmat dalam hidupnya semata-mata mempertahankan prinsip kejujuran ? Aku tak fikir begitu lah.. Tapi tak taulah, jika masih ada orang seperti itu..

Bagi aku, inilah adalah antara perkara-perkara yang membezakan manusia antara satu dengan yang lain. Kehidupan ini tak lama, sekejap sangat. Aku nak cerita pun, tak guna. Kau orang kena rasa sendiri lah (melalui pandangan dan rasa hati sendiri). Bila kau orang dah sampai nikmat hati macam itu, kau orang akan rasa semua perkara-perkara yang “kejam” dalam hati ini umpama sampah yang kau orang sendiri merasa jijik untuk simpan semua itu dalam hati kau orang.

Nak tahu tak, mengapa manusia masih tidak lagi merasa tenteram dan tenang sepanjang hidupnya meskipun dia adalah insan yang selalu bersembahyang, berdoa, berpuasa, dan melakukan perkerjaan amal-amal yang baik ? Sebab hatinya masih lagi menyimpan perkara-perkara yang kejam tadi. Tidak lah seseorang itu akan masuk syurga meskipun dengan membawa amal setinggi gunung kinabalu dengan hati yang seperti itu . Takkan. Jadi haruslah engkau masuk kedalam dunia orang-orang yang bersuluk untuk mencapai nikmat sebagaimana yang dirasai oleh orang-orang bebas hatinya…

Khairul Azahar Sharriffuddin
21 September 2019 2:03 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Share Artikel Ini Di Whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak tanya ? Meh WhatsApp !

Seorang Freelance Web Developer, Budak Kurus Dan Selalu Migrain !!.. Nak Buat Website Super Murah ? WhatsApp jer..

Lelakiberlari.com

Khairul Azahar Sharriffuddin

Online

Khairul Azahar Sharriffuddin

Salam, what can i do for you ? 00.00