Diari 123 : Bermakna Bagi Hati..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Malam nie, aku nak buat ringkasan diari perjalanan hidup aku jer lah ye, aku nak tidur awal sikit malam nie (esok nak bangun awal). Aku tengok FB dan Group Whatsapp tengah riuh pasal bola, serius aku tak minat bola.. Haha.. 😉 .Dulu minatlah, tapi sekarang nie, dengan umur yang dah macam nie, aku dah tak rasa sesuai lagi untuk diri aku (setiap orang ada minat dan kecenderungan diri masing-masing)..

Hari ini, aku nak ceritakan suatu kejadian yang terjadi di tempat kerjaku. Kejadian itu membuatkan aku rasa sangat-sangat terharu (memang menyentuh perasaan lah). Okay, ceritanya begini, tengah hari tadi, aku dengar ada pekerja mengatakan yang gaji dah boleh diambil di Bank. Aku rasa macam tak percayalah (selalunya budak-budak nie suka bergurau dalam group whatsapp). Aku trylah periksa baki (memang betul dah masuk)…

Masa waktu petang, ketika aku nak lakukan satu transaksi secara online, aku dapati duit yang dalam bank itu masih lagi di dalam status 1-day floating. Aku baru perasan sebenarnya. Aku pun pergilah jumpa member-member yang lain (nak dapatkan kepastian). Aku jumpa helmy dulu, aku cakap dengan helmy, “Amy, gaji memang dah masuk, tapi masih floating lagi, aku baru check tadi, memang dah masuk, tapi tak boleh ambil”. Amy jawab, “dah masuk khai, dah boleh ambil, aku dah ambil, public bank dah masuk”. “Owh, maksudnya, maybank lah yang floating”, jawabku. Helmy bertanya kepadaku, “Kenapa Khai, kau nak pakai duit ke ? kalau kau nak pakai, ikut aku balik rumah kejap lagi”. Uishh.. terkejut aku.. hehe.. 🙂

Lepas itu, aku jumpa Abang Shokeri, aku katakan perkara yang sama juga, nak tau Abang shokeri cakap apa ? “Kenapa khai, kau nak pakai duit ke ? kalau kau nak pakai, aku adalah, boleh bagi”.. Ishh.. aku kebingungan sekejap. Aku pun terfikir, bila masanya aku minta duit..Hehe. 🙂 .

Aku pun terus lah pulang masuk ke dalam Lab semula, aku cakap dengan Rao, pasal gaji tue, nak tau Rao cakap apa ? “Kenapa Khai, kau nak pakai duit ke ? Jom ikut aku balik nanti, pergi Public Bank” (sambil pegang tangan aku). Aku terkejut dan tergamam… Aishh.. Apa yang terjadi sebenarnya nie ? Aku tak minta apa-apa pun.. Haha.. Niat aku hanya nak beritahu dan mendapatkan kepastian jer. Masa itu, aku rasa betul-betul terharu lah. Lama juga aku nak faham keadaan yang terjadi tue sebenarnya (aku termenung dan tersenyum sendirian)..

“Betul ke nie, aku rasa macam mimpi jer”. Perkara seperti ini sebenarnya dah biasa terjadi, tetapi untuk terjadi serentak macam nie (aku rasa macam mustahil jer). Tapi hari nie, lain sedikit..memang lain… 🙂 . Terima kasih ye semua (aku rasa terharu sangat hari nie). Okaylah ye, sebelum nak tidur nie, aku nak kongsikan kata-kata adik perempuanku, Fauziana yang berkata kepadaku. Aku katakan kepadanya semula, “aku akan simpan kata-kata kau ini dalam hatiku” 🙂

“Kau tak boleh persoalkan rezeki Tuhan, yang kau boleh persoalkan adalah usaha kau”

Khairul Azahar Bin Sharriffuddin
27 July 2019 11:45 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Share Artikel Ini Di Whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Berbual ? Meh WhatsApp

Seorang Freelance Web Developer, Budak Kurus Dan Selalu Migrain !!.. Nak Buat Website Super Murah ? WhatsApp jer..

Lelakiberlari.com

Khairul Azahar Sharriffuddin

Online

Khairul Azahar Sharriffuddin

Salam, what can i do for you ? 00.00