Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 89 : Bermulanya Sesuatu..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Malam semalam, aku pergi ke Senawang, Negeri Sembilan untuk mengambil ibuku pulang semula ke kampung (Rawang). Aku bertolak jam 8 malam dan tiba di sana sekitar jam 10 malam. Aku mengajak bapa saudaraku sekali untuk menemaniku bersama. Pagi tadi pun, rasa berat jer nak bangun tidur (letih sangat)..

Sekitar jam 12 tengah hari, kami bertolak semula ke Rawang (ikut jalan kegemaran aku, LEKAS).. ?. Siapa yang pernah baca diari-diari aku sebelum ini, pastinya akan tahu, mengapa aku memilih untuk melalui jalan itu. Sampai di rumah sekitar jam 3 petang (singgah di Bank dan beli makanan terlebih dahulu)..

Kurang Menulis..

Untuk minggu ini, aku agak sibuk sedikit (selepas pulang daripada tempat kerja). Ada perkara yang perlu aku selesaikan dalam minggu ini (sebelum puasa). InsyaAllah, aku harap sangat semuanya akan berjalan sebagaimana yang dirancangkan, dah tak banyak masa lagi yang tinggal (aku perlu buat satu keputusan awal dalam bulan 8 nanti)..

At least, aku nak tahu kemana hala tuju hidup aku selepas ini. Aku dah taknak hidup dalam samar-samar lagi (tak tahu apa yang sebenarnya terjadi). Mungkin dalam minggu ini, aku akan jarang menulis. Aku nak berikan sepenuhnya tumpuanku kepada kerja yang aku lakukan sekarang. InsyaAllah, aku harap-harap sangat semuanya akan terjadi sebagaimana yang aku gambarkan..

Freelance

Alhamdulillah, aku dah berjaya migrate kan website aku ke provider baru (RunCloud). Dari petang tadi, aku cuba migrate kan website daripada Cloudways, sampai berpeluh-peluh lah duk depan laptop nie.. Haha ??. (dua kali aku cuba). Aku rasa dah tiba masanya untuk upgrade spesifikasi server kepada yang lebih tinggi dengan reasonable price (untuk jangka masa panjang) dan ia juga memudahkan untuk manage kesemua server di dalam satu panel sahaja. Aku pun pening, banyak sangat billing yang nak kena settle,tau-tau kena charge jer debit card aku.. Haha. ?

Sebenarnya banyak kerja-kerja freelance terganggu kebelakangan ini (termasuklah emosi fikiranku). Semuanya bermula daripada kes yang terjadi kepadaku pertengahan bulan 3/2019. Rentak kerja tue dah hilang, nak dapatkan kembali (susah sangat).Tapi nak buat macam mana, perkara dah terjadi..

Masa Untuk Awak..

Untuk wawa pula, saya minta maaf ye, sekiranya saya lambat sangat nak balas message awak tue. Saya memang macam nie (standard 5-6 jam baru nak balas). Kawan-kawan saya tahu sangat perangai saya nie, ada yang sampai sehari baru nak balas… ??

Tapi saya akan fixed kan masa untuk awak, (10-11 malam).Saya tak pandai nak berbual dengan orang perempuan, dan mungkin suatu masa nanti, awak akan rasakan saya nie orang yang tak sesuai untuk awak. Tetapi saya akan cuba untuk menjadi yang terbaik untuk awak. Sekiranya awaklah orangnya yang dah ditentukan untuk menjadi milik saya, pastinya awak akan sampai kepada saya jua akhirnya..

Khairul Azahar Sharriffuddin
28 April 2019 9:51 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 88 : Mungkin Dia..
Next Post Diari 90 : Cerita Yang Singkat..