Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 133 : Cabaran Dua Hari…

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera…

Hari ini aku tidak bekerja (bercuti) bagi menghabiskan balance cuti tahunan yang masih ada lagi sebelum akhir bulan ini (masih ada 2 hari setengah). InsyaAllah hari sabtu minggu depan, aku akan bercuti lagi. Akhirnya dapat juga aku merasa untuk bercuti pada hari sabtu… Hahaa.. 🙂 .

Rao pernah berkata, ”orang yang berjaya dalam dunia ini adalah orang yang bekerja 5 hari sahaja, dia berjaya bukan disebabkan 5 hari itu, tetapi 2 hari itu (hari sabtu dan ahad)” . Plan untuk hari ini, aku akan cuba develop satu website (property) dalam masa 2 hari nie bagi membuktikan kata-kata Rao itu.. Haha.. 🙂 .

Aku akan start tengah hari nanti, siap ataupun tidak, aku akan tunjukkannya pada malam hari Ahad nanti.. InsyaAllah… Jika berjaya, boleh dikatakan, kenyataan Rao itu benarlah ye.. 🙂

Tapi, jika dilihat keadaan sekeliling dunia hari ini pun (bukan dari sudut agama), orang-orang yang diketegorikan sebagai yang berjaya nie, memang tak bekerja pada hari sabtu pun, betul kan ? (tak dinafikan). Ini bukan sudut pandang agama ye, nanti ada yang tersalah faham pula… Hehee..

Biliksewa.my

Okay, ini merupakan projek web terbaru yang ingin aku develop dalam masa 2 hari ini untuk di integrasikan dengan web hartanah.my . Nama pun bilik sewa kan, pastinya kandungan webnya adalah berkaitan dengan bilik sewa.. Hehee… InsyaAllah, aku akan start design lepas waktu zohor nanti (tengah hari)… Sekarang aku nak tidur dulu… Hahaha.. 🙂

Nak tengok juga apa yang boleh disiapkan di dalam masa 2 hari nie. Sebenarnya, ada beberapa web yang masih pending (staging mode) dan web yang dah live in production pun banyak yang tak update.. Okaylah ye, insyaAllah malam hari ahad nie, aku akan live kan web biliksewa.my . Siap ataupun tak, aku akan tetap releasenya ke production mode.. Hahaa.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
17 Ogos 2019 11:53 Minit Tengah Hari
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 132 : Atok Berlari
Next Post Diari 134 : Naratif Yang Pudar