Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 139 : Cerita Ke Hulu Dan Ke Hilir..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Malam ini, aku dan adik-beradikku membawa anak-anak buah pergi ke pawagam untuk menonton wayang animasi Boboiboy di Aeon Anggun, Rawang. Adik perempuanku (Beeha) belanja 🙂 . Ini kira kali kedua lah aku menjejakkan kaki ke pawagam. First sekali, masa usiaku 12 tahun (1998) menonton movie Godzilla di Kuantan, Pahang. Ayah membawa aku dan adik perempuanku Fauziana di ketika itu.

Dah berapa lama ek ? Dekat 21 tahun kan ? Hahaaa. Terasa pantasnya masa berlalu, kira dah masuk level-level pakcik lah aku sekarang nie ? .Masa aku menonton wayang tadi, ada beberapa perkara yang singgah di fikiran aku…

Yang pertama, masa aku aku duduk di pawagam untuk menunggu masa tayangan bermula, merasai udara dari penyaman udaranya tersangatlah nyaman. Teringat kata-kata guruku di hari pertama belajar di kolej dahulu, “apa yang dimaksudkan dengan air-conditioning dan apa tujuannya ?”. Macam-macam jawapan yang diberikan oleh pelajar, “untuk sejuk encik”..Hahaa.. Jawapan daripada guru kami mudah jer ,“tujuannya adalah untuk memberikan udara yang nyaman kepada kamu”.

Tahu tak proses di sebalik untuk mendapat udara yang nyaman itu ? . Kalau perasan di dalam setiap bangunan, mesti pernah ternampak ducting pipe (galvanized) di atas dinding bahagian atas ketika berjalan kan ? (warna silver). Di dalam paip itu mengandungi air yang sejuk yang telah dipam keluar daripada Chiller (pendingin). Chiller nie selalunya digunakan untuk bangunan-bangunan komersial seperti shopping complex dan seumpama dengannya.Okay, dah cukup cerita pasal teknikal.. Haha..

Aku nak sambung perkara yang kedua pula, mengenai animasi Boboiboy. Tergamam jugalah masa menontonnya tadi, dah boleh dikira sebagai animasi antarabangsa. Masa itu aku jadi sangat yakin, bidang IT nie akan menjadi medium yang sangat penting pasa masa hadapan nanti. Jika diundurkan masa 10 tahun yang lepas, ketika itu masih belum wujud lagi aplikasi seperti Lazada, Shopee, Grab,PandaFood, dan lain-lain aplikasi yang mana ia telah mengubah cara hidup manusia pada zaman kini..

Boleh bayangkan apa yang bakal terjadi lagi 10 tahun ? Jika dilihat pada awal tahun 90 dan 2000 dahulu, top 10 billionaire dalam dunia ini dimonopoli oleh usahawan pelaburan, hartanah, minyak, dan telekomunikasi. Sekarang ini ? Jeff Bezos pengasas Amazon, pengasas Microsoft, pengasas Facebook, pengasas Oracle, pengasas Google (semuanya adalah top 10 billionaire dunia ketika ini)… Cerita pasal billionaire pula pagi-pagi macam nie.. hahahaa.. 🙂 .Sebenarnya cuma terkejut dengan pencapaian yang telah dilakukan oleh Team Animasi Boboiboy (tak sangka ada orang yang hebat yang macam tue kat Malaysia nie kan)..

Okaylah, cerita macam merepek jer pagi-pagi macam nie.. haha.. aku nak tido dah nie,nak pukul 3 pagi (esok nak pergi kerja).. Aku namakan diari malam nie, Cerita Ke Hulu Dan Ke Hilir Hahaa.. Aku tak tahu kemana arah penulisan diari malam nie sebenarnya 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
26 Ogos 2019 3:16 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 138 : Takkan Kau Bahagia Selamanya..
Next Post Diari 140 : Sakti