Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 153 : Cerita Ringkas Dari Hari Yang Panjang

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Rasanya ini merupakan jarak yang paling lama aku tak tak menulis diari kan ? Hahaa.. aku rasalah 🙂 , ada juga dalam 7 hari (genap seminggu). Rindu tak ? Hahaa..Nak kata busy, takdelah, cuma banyak kesana dan kemari sahaja (ada program). Sekejap di Negeri Sembilan, sekejap di Perak.. Haa.. Lupa nak wish, Selamat pengantin baru kepada Huzaifah berserta pasangannya.. 🙂

Aku pula yang tak sabar nak kahwin rasanya.. Hahaa.. 🙂 . InsyaAllah, hari khamis malam, aku akan bertolak ke Senawang, Negeri Sembilan untuk mengambil ibu dan Atok ku pulang ke Kampung semula. Aku akan berehat di sana lebih kurang 2-3 hari dulu lah (mungkin hari sabtu atau ahad nie, aku akan pulang ke sini).

Macam mana kerja sekarang nie ? Bolehlah.. Aku cuba sedaya upaya untuk stabilkan kehidupanku. InsyaAllah, aku pun dah tak sabar nak kahwin, tak boleh nak tunggu lama-lama dah..Hahaa.. 🙂 . Tapi yang penting usahalah, insyaAllah ada rezeki (yang penting ada kehendak dan kemahuan). Aku happy dengan cara hidup aku sekarang nie, cuma perlu lebih berusaha mencari kestabilan dari segi kewangan pula.

Kan Jadi Nyata

Hari itu aku ada cerita nak buat satu sistem web percuma untuk golongan peniaga online kan ? Alhamdulillah, sistem web tue dah hampir 70 peratus siap. InsyaAllah, aku akan launch tak lama lagi. Sistem nya lebih kurang kepada sales funnel (landing page) untuk peniaga online. Tak perlu cerita panjang-panjang dengan customer, beri diaorang link web, diaorang boleh baca kelebihan dan perincian produk peniaga, then close sales guna whatsapp..

Aku sediakan semuanya secara percuma dan design nya adalah custom bagi setiap peniaga. Tak perlu bayar, memang niat bertujuan untuk membantu peniaga online sahaja. Aku buka kegunaannya khas kepada suri rumah sepenuh masa, ibu tunggal, bapa tunggal, pengganggur, pelajar, dan juga orang kelainan upaya (oku) sahaja. Aku harap dengan usaha yang sedikit nie akan memberikan manfaat kepada golongan-golongan ini.. InsyaAllah.

Nak tahu siapa yang akan jadi pengguna pertama bagi web sistem nie ? InsyaAllah, orang rumah (isteri) Abang zul akan menjadi pengguna yang pertama. Sebenarnya dah agak lama juga berbincang dengan Abang Zul mengenai perkara nie, tapi disebabkan aku ada beberapa keutamaan yang perlu aku dahulukan, maka perkara nie asyik tertangguh. Hari Ahad lepas aku jumpa Abang Zul di Kenduri Perkahwinan Huzaifah, dapat juga lepas rindu nak berborak dengan dia… Hahaaa… 🙂

Okaylah ye, hari nie tulis pendek jer, tak sihat sangat sebenarnya nie. InsyaAllah, ada kelapangan nanti aku sambung lagi. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
9 October 2019 12:03 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 152 : Nilaikan Hatimu
Next Post Diari 154 : Kebetulan ?