Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 152 : Nilaikan Hatimu

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Dah hampir seminggu juga aku tak menulis diari. Agak busy juga beberapa hari nie, takde masa nak menulis sangat. Hari ini dah masuk 1 oktober 2019, kira dah genap sebulan lah aku berhenti kerja kan. Apa progress ? Alhamdulillah, sepanjang sebulan nie, banyak perkara baru yang dapat aku belajar. InsyaAllah, dalam beberapa bulan yang mendatang nie, akan ada lebih banyak lagi perkara-perkara baru…

Aku sekarang nie berada di Senawang, Negeri Sembilan. Hantar ibu dan Atokku bercuti disini (2 minggu), tetapi aku mungkin akan pulang ke Rawang pada hari Rabu ini, sebab ada beberapa kerja yang perlu aku selesaikan. Hari Ahad, insyaAllah akan pergi ke Pergi ke kenduri perkahwinan Huzaifah di Perak. Aku akan pergi dengan member-member kat tempat kerja lama (Dimal)..

InsyaAllah, aku akan berjumpa dengan wawa di sana.. hehee.. Wawa akan datang ke kenduri perkahwinan Huzaifah juga.Sekarang nie wawa dah tinggal bersama keluarganya di Perak (menjaga kedua orang tuanya). Aku memang suka dia disana, boleh lah dia berbakti kepada kedua orang tuanya. Tapi jangan main-main mata dengan orang lain kat sana ye awak .. hahaa.. 🙂

Tapi aku percaya kat dia lah. Bagiku sekiranya seseorang itu dah tiada rasa cinta antara satu dengan yang lain, aku tak kisah pun untuk merelakan orang itu pergi dari hidupku. Contohlah, kalau kekasih aku katakan yang diri dia dah takde perasaan kat aku, aku okay jer, aku takkan siksa perasaan dia pun, dan apa yang membuatkan dia bahagia, aku juga akan rasa bahagia. Itu akulah, dan aku akan tetap berpegang dengan perasaan hati aku..

Takdelah sampai nak marah, nak buat itu, nak buat ini.. Aku takkan buat perkara macam itu pun. Setiap orang ada definasi kebahagian masing-masing dalam hidup diaorang. Setiap orang tak sama, ada orang yang ada ini sahaja, sudah rasa bahagia. Ada orang yang jerawat timbul di muka pun dah rasa tak bahagia. Nampak kan ? Setiap orang berbeza dalam mentafsir nilai kebahagian di dalam hidup mereka (tak boleh nak samakan)..

Akhirnya terpulang kepada hati jualah yang akan menentukan bentuk kebahagian bagi diri masing-masing. Sebab itulah aku selalu menceritakan mengenai kepentingan hati. Nak tahu tak nilai hati kamu sekarang nie ? Sedang baca diari kan ? Pastinya ada berbagai-bagai perkara yang sedang terdetik dan bermain dalam hati kamu sekarang nie kan ? Ya, jika ada, itulah nilai hati kamu sebenarnya… 🙂 (kamu boleh nilaikan sendiri, adakah ia baik, ataupun buruk)..

Khairul Azahar Sharriffuddin
1 Oktober 2019 2:19 Minit Pagi
Senawang, Negeri Sembilan
Previous Post Diari 151 : Aku
Next Post Diari 153 : Cerita Ringkas Dari Hari Yang Panjang