Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 120 : Hanya Perasaan

Assalammualaikum Dan Sejahtera..

Alhamdulillah, hari nie dah masuk hari ke 20 aku berhenti merokok (mula pada 1 july 2019). Apa perbezaan yang dapatku rasakan selepas berhenti merokok ?. Aku tak rasa ada banyak perbezaan lah, dari segi kesihatan (seperti itu juga), masih lagi cepat terasa letih (mungkin nak kena bersenam lepas nie), cuma dari segi duit, memang banyak jimatnya. Dari segi kebersihan pula, ada perbezaan juga (lebih pembersih) dan yang penting sekali, muka aku dah mula kurang berjerawat.. hehe 😉 .

Nak tau tak ?, Rao pun dah berhenti merokok juga.. haha… 🙂 .Hari nie dah masuk hari ketiga dia tak merokok (berjaya juga aku pengaruhi dia). Aku cakap, muka dia dah macam muka ahli syurga bila tak merokok.. Haha.. 🙂 .Lepas nie, aku nak cuba perbaiki stamina aku pula. Cepat sangat letih, aku pun tak tau sebab apa, nak kata sebab faktor usia, aku rasa macam tue lah.. Hehe.. 😉 .Esok pagi, aku nak pergi jogging (pusing satu kampung).

Akhirnya Pada Kalbu

Kat tempat kerja waktu tengah hari tadi, aku berjalan menuju ke Plant. Sambil berjalan, aku menoleh pandanganku ke pintu office, aku tersenyum sendirian kerana teringatkan suatu perkara (perkara yang telah lepas). Aku berkata didalam hatiku, “apa yang ada di sekeliling (dilihat) itu sebenarnya yang mempengaruhi perasaan hati, dan semua itu hanyalah perasaan sahaja”. Hatiku berkata lagi, “kebahagiaan itu adalah datangnya dari apa yang dilihat”.

Setelah selesai perkara yang aku lakukan, aku berjalan pulang. Ketika itu, hati aku masih berkata-kata lagi, “jika benar kebahagiaan itu datang dari apa yang dilihat, aku akan tutup mata aku”. Aku menutup mataku diketika itu (sambil berjalan). Tetapi, perasaan aku masih lagi sama. Ternyata anggapan aku silap, jadinya kebahagiaan itu sebenarnya bukan datang dari apa yang dilihat, benar kan ?

Jika kebahagiaan itu datang dari apa yang dilihat (bersifat kebendaan | materialistik), bagaimana pula dengan orang yang buta ? (yang sifatnya tidak dapat melihat). Jika begitulah keadaannya, sudah pasti TUHAN yang menciptakan akan kehidupan ini TIDAK bersifat ADIL bukan ? . Bagaimana dengan orang yang cacat anggotanya, hilang keupayaan tubuhnya, terbaring, terlentang dan tidak berupaya untuk berkata-kata, apa NILAI dirinya di sisi TUHAN nya dan apa yang membuatkan dia masih lagi merasa bahagia ?

KALBU | HATI tempat tersimpannya segala perasaan batin dan tempat yang dilihat oleh TUHAN nya. Disinilah tempat yang akan menentukan pengakhiran manusia nanti. Hari itu (akhirat) akan tetap sampai jua akhirnya, lambat ataupun cepat jer. Hari yang tiada kekesalan bagi hati yang sentiasa sentosa dalam kehidupan dunianya.

Khairul Azahar Bin Sharriffuddin
20 July 2019 10:41 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Mutiara Kata 2 : Imam Al-Ghazali
Next Post Diari 121 : Lelaki Yang Berlari..