Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 29 : Hari Cuti

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Malam semalam aku tidur lewat sedikit (tapi sebelum pukul 10 malam lah). Ayahku tiba kat rumah tepat jam 9 malam (daripada Perak). Aku salam dan cium ayah, kemudian ayah berikan coklat (cadbury) kepada.. Ayah tahu aku suka coklat.. Setiap kali ayah balik, pasti dia akan belikan..

Kemudian aku berborak dengan ayah (ucap terima kasih sebab belanja electric guitar). Lepas itu ayah cakap, esok dia nak pergi kedai music cari power adapter untuk sound speaker (acoustic guitar) yang ayah hadiahkan kepadaku.. Guitar itulah yang aku gunakan untuk merakam “lagu untuk shaharina” yang aku nukilkan di dalam Diari 14 : Lagu Untuk Shaharina.

Selalunya bila ayah balik, aku akan berborak dengan ayah mengenai hal-hal kerja. Ayahku bekerja di Cement Plant (YTL Cement) dan aku akan selalu bertanya dengan dia hal-hal berkaitan Refractory. Jika aku ada pertanyaan, selalu aku akan terus whatsApp ayah..

Planning Hari Ini..

Okay, disebabkan aku dah ada sistem kerja baru (buat kerja freelance hanya bermula selepas waktu 2 pagi). Aku dah takkan buat apa-apa kerja pada waktu cuti.. Hari ini, aku nak cuci kereta dulu.. Kemudian kemas bilik dan work station aku.. (bersepah).. Hahaha.. Kalau aku tangkap gambar memang malu lah..

Kemudian aku nak pergi dobi.. Macam-macam benda aku nak cuci (beg, selimut, kasut).. Lepas tue, aku nak pergi Rawang, nak pergi tengok sunglasses yang aku hantar untuk tukar cermin (dah calar).. dah nak dekat sebulan (harap-harap hari ini buka lah)…

Dan akhir sekali, aku nak pergi shopping barang-barang keperluan rumah (untuk diri sendiri).. Aku bawa bekal makan ke tempat kerja, pagi-pagi aku kena masak (aku beli keperluan cukup untuk sebulan), ini termasuklah barang-barang untuk menaikkan berat badan .. Haha.. Berat badan aku sekarang dah stay kat 64 Kg.. Aduhhh.. Susah nak naik dah.. 🙂

Ohh..okay ada satu lagi, lepas tue aku nak pergi beli alat tulis untuk kerja di rumah berserta dengan tempat makanan kucing, yang ini aku beli kat bukit sentosa jer.. Aku rasa ini semua akan settle sebelum pukul 5 petang..

Khairul Azahar Sharriffuddin
27 January 2019 10:22 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 28 : Sakit Lagi..
Next Post Diari 30 : Tak Seperti Dulu