Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 82 : Hitam Dan Putih Kehidupan..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Berat badan aku sekarang nie dah start turun (61KG). Seluar aku pun dah longgar (boleh turun, tanpa pakai tali pinggang).. Gila lah.. Haha ? . Aku rasa punggung aku pun dah makin kecil.. Haha. ? .. Lama dah aku tak bersenam, semenjak peristiwa yang berlaku baru-baru ini.. Bulan puasa pun dah nak dekat nie..✌

Habislah aku bulan depan, aku dah janji nak belanja nasi lemak satu kilang selama sebulan (kalau tak dapat berat 70Kg menjelang tarikh 3 May 2019).. Tapi aku dah cakap awal-awal hari itu, “aku belanja 10 bungkus jer, siapa cepat dia dapat lah,nanti beli banyak-banyak membazir takde orang makan, kena tulis nama siapa yang ambil nasi ye”.. Haha.. ?.. (Pandai tak aku cari alasan)..

Aduyai..Tapi walau macam mana pun, aku tetap akan berpegang kepada janji aku. Lepas nie, mesti aku kena bahan punya (siap sedia tutup telinga lah).. Haha..??

Tahniah Beeha..

Semalam, adik perempuanku, Nabiha gradute dari Uitm Segamat. Tahniah ye Beeha. Abang Erol tak boleh ikut skali sebab kerja. Semua ahli keluargaku (kecuali abang dan aku) menghadiri konvokesyen tersebut. Lihat gambar diatas, tiada gambar ayahku kan ? . (masa ini ayah tunggu kat Parking kereta)..

Susah dapat peluang bergambar bersama Ayah, walau apa majlis sekalipun (ayah akan tetap menolak untuk bergambar, termasuklah ketika sambutan Hari Raya). Sebagaimana Diari Sebelum ini, Diari 80 : Apa Yang Terjadi 18 Tahun Yang Lepas ? ,aku berjaya bergambar bersama Ayah (buat pertama kalinya). Aku lihat Ayah sedang berdiri, dan ku lihat adikku (Beela) sedang berada dihadapanku, terus aku katakan kepada adikku, “Beela, cepat tangkap Abang Erol dengan Ayah”. (secara spontan)… ?

Beeha sekarang ini bekerja sebagai seorang Pensyarah di Uitm Raub, InsyaAllah, akhir tahun ini dia akan bertunang dengan pilihan hatinya. Beeha nie semenjak daripada kecil memang dah biasa berdikari (aku lihat sendiri bagaimana keadaan dia membesar).. Tersenyum aku di saat ini (cuba mengimbas kembali kenangan)..?

Dia adalah satu-satunya adik perempuanku yang pernah dipukul oleh Ayahku. (aku ada pada hari itu, masa dia darjah satu.. pukul-pukul manja jer).. ?Ayah tak pernah angkat tangan dengan anak-anak perempuannya (malahan ibuku juga). Kalau anak lelakinya, kena lempang kiri-kanan pun ada?.. Haha.. ?

Tersedar..

Aku perasan beberapa ketika waktu ini, sekiranya aku ada niat nak bangun awal (menyelesaikan kerja yang tertangguh), ada sesuatu perkara yang akan mengejutkan aku di waktu malam (selalunya aku akan digigit sesuatu). Pagi ini aku rasa ada sesuatu yang menggigit kat bibir aku (terus terkejut, dan cepat-cepat aku bangun)..

Makin seram pula rasanya, perkara ini akan terjadi sekiranya ada niat yang kuat dalam hati. Mulai esok, aku kena steady lah (aku kena kawal keinginan dalam hati) dah kerap sangat perkara nie terjadi, aku kena tukar strategi dalam hati lah, ini bukan halusinasi ye .. Haha ??..

Hitam Atau Putih ?

Pernah lihat simbol yin and yang tak ? . Ada dua elemen didalamnya iaitu hitam dan putih, cuba lihat Simbolnya di bawah ini 😕

Ini merupakan interpretasi (tafsiran) aku tentang makna yang tersembunyi di dalam simbol ini ye, aku tak mengikut konsep penjelasan asal yang ada padanya, aku menafsir ia mengikut kefahaman yang ada pada diriku..Jika dilihatkan pada warna yang ada di dalam simbol itu (hanya ada 2 warna sahaja) yang mana ia mewakili konsep kehidupan (baik dan buruk)..

Putih melambangkan kebaikan dan hitam melambangkan keburukan (kejahatan). Tapi perasan kan, dalam setiap warna itu ada titik yang bertentangan yang tersembunyi di dalamnya (titik kecil yang terikat dengan keadaan asalnya)..

Aku nak kaitkan ia dengan kehidupan manusia. Dimana di dalam setiap diri manusia itu (yang baik), pastinya akan ada sisi jahat di dalam hatinya, dan manakala bagi setiap manusia yang buruk sifat dirinya pula, pastinya akan ada titik kebaikan di dalam hatinya. Jadi, sifat diri atau sifat hati yang ingin kita lihat, yang kecil atau yang besar ?

Khairul Azahar Sharriffuddin
17 March 2019 4:29 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 81 : Lagi Steady Lah..
Next Post Diari 83 : Malam Terakhir..