Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 148 : Jalur Mata Yang Berdarah

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah hari ini sihat.. hehee.. 🙂 . Nikmat kesihatan nie merupakan salah satu nikmat yang paling besar di dalam kehidupan seseorang. Jika ada harta sebanyak manapun, kalau sakit tak sembuh-sembuh, takkan berguna semua itu. Ini mengikut pandangan aku lah ye, sebab bicara aku adalah berdasarkan pengalaman hidupku sendiri (selalu sangat sakit)…

Pagi tadi, aku bawa ibuku ke KPJ Rawang (appoinment). Setiap 3-4 bulan sekali, aku akan membawa ibuku pergi ke Hospital untuk melakukan pemeriksaan berkala bagi melihat tahap kesihatan matanya. Hari ini keputusannya tak berapa nak baik, urat di belakang mata ibuku semakin teruk (akibat diabetis). Ibuku menjalani rawatan pembuangan katarak mata setahun yang lepas. Semenjak itu, kadar gula di dalam darahnya semakin meningkat (tidak dikawal)..

Mulai esok, aku akan pantau waktu makan ibuku. Dah tak boleh dibiarkan lagi. Doktor katakan, jika tidak dijaga ia akan mengundang mudarat tidak lama lagi (boleh menjadi buta sekiranya berlaku pendarahan di dalam mata). Hurmm.. kali nie kena serius lah, tak boleh ambil sambil lewa lagi (kesihatan perkara yang paling penting sekali).

Berbalik mengenai isu mata, aku teringat ketika ku melakukan operation mata beberapa tahun yang lepas (lasik). Aku buat di Advanced Vision (Damansara). Kos rawatan disini adalah antara yang paling murah sekali di Malaysia (sekitar RM3000). Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik..

Aku tak boleh bayangkanlah sekiranya aku masih lagi berkaca mata. Tak sanggup rasanya.. Hahaa..Sebelum nie aku bekerja di dalam bidang cement (banyak habuk). Habis cermin mata aku (calar). Dah tak terkira berapa banyak cermin mata yang aku terpaksa tukar. Memang takkan rasa selesa bekerja menggunakan cermin mata (peluh, air hujan, habuk). Aku masih simpan gambar ketika berkaca mata dahulu.. hahaa… 🙂

Nak jadi Blogger ?

Teringin nak jadi blogger tak ? Mana tahu teringin nak kongsi sesuatu kan, nak kongsi resepi ke, nak kongsi pengalaman ke. Contoh, pengalaman travel, pengalaman memancing, pengalaman bersukan. Ikut apa yang kau orang minat lah. Minat tue yang penting sebenarnya, kalau takde minat, paksa macam mana pun takkan jadi.. hehee..

Okay kepada sesiapa yang berminat, aku sarankan bermula dengan salah satu dari kedua platform ini. Kedua-duanya percuma (tanpa bayaran), tapi ada limitasi lah. Tak kisah lah tue kan, At least, kau orang boleh dapat feelingnya 🙂 . Okay, ini antara platformnya:

Boleh click link di atas dan register account masing-masing. Sekiranya ada perkara-perkara yang kau orang tak tahu, boleh lah email aku di klikdesigner@gmail.com .InsyaAllah, aku akan balas pertanyaan kau orang semua. Aku teringin nak create satu section baru di dalam blog nie, mungkin category IT (nak kongsi tutorial dan pengalaman yang ada serba sedikit nie). InsyaAllah, semoga ia memberi manfaat kepada semua. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
20 September 2019 12:50 Minit malam
kampung sungai buaya, selangor
Previous Post Diari 147 : Melastik Ke Planet Merah..
Next Post Diari 149 : Berlari Mencari Pelangi