Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 154 : Kebetulan ?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Malam nie, eh dah pagi, 🙂 aku menulis dalam keadaan yang gelap. Hanya ditemani dengan cahaya dari laptop ini sahaja. Banyak pula correction yang perlu dibuat.. Hahaa.. Aku tidur sebilik dengan ibuku sepanjang di Negeri Sembilan nie. Mesti kena tutup lampu lah sebab ibu nak tidur, aku ? Aku kan hantu malam (mana ada tidur malam) hahaa.. selalu tidur awal pagi (dalam pukul 8-9 pagi gitue dan akan bangkit sebelum waktu zohor semula). Malam kan tenang 😉 . Sesiapa yang mengikut diari-diari aku sebelum nie, pastinya pernah terbaca diari tentang kisah malam yang aku nukilkan. Sesiapa yang ada keinginan untuk tahu, boleh lah buka khazanah diari-diari aku sebelum ini.

InsyaAllah, esok pagi aku akan pulang semula ke Rawang (sebab ada beberapa temujanji). Harap-harap akan jadilah 🙂 . Sebagaimana yang aku katakan sebelum ini, sekiranya rezeki itu telah ditakdirkan untuk kita, takkan sesekali ia pergi kepada orang lain (tiada wujud istilah rezeki kita akan terlepas pergi kepada orang lain) dan seseorang itu tidak akan mati melainkan telah disempurnakan baginya rezeki yang telah ditetapkan untuknya. Usaha dan Ikhtiar itu hanyalah menjadi suatu asbab untuk mendapatkan semua itu dan ia bukan menjadi suatu kewajipan bagi TUHAN untuk mengurniakan sesuatu berdasarkan usaha dan ikhtiar seseorang, melainkan itu semua hanyalah suatu kewajipan bagi manusia sahaja (agak-agak boleh faham tak) ..hehee…

Tiada Istilah Kebetulan Melainkan Ia Adalah Suatu Takdir

Okay ye, pagi nie aku nak kongsikan suatu kejadian ajaib yang berlaku pada hari ini. memang betul-betul ajaib.. Hahaa… 🙂 . Ceritanya bermula begini, Petang semalam aku keluar rumah mengambil pakcikku pulang dari tempat kerjanya) Lepas tue aku singgahlah 99speedmart sekejap (beli barang sikit). Tahu tak apa yang berlaku ? Masa masuk jer kat Pintu speedmart tue, aku nampak cashier muka dia sebijik (seiras) macam muka Aishah… Hahaa…

Memang sama (boleh dikatakan lama gila aku tenung dia), kulitnya sama putih, besar sama, tinggi sama, muka sama, pipi kemerah-merahan. Atas, tengah, bawah, depan, belakang, habis semua aku tenung untuk buat kira-kira… hahaa.. 🙂 . Masa kat rumah memang tak boleh nak duk diam lah. Sambil berbaring aku termenung… hahaa.. memang betul-betul tak boleh move-on.. :-).

Hari ini (petang tadi), aku planning memang nak pergi semula tengok dia lagi.. Hahaa.. Aku keluar dari rumah dalam pukul tiga petang (sajer jer nak habiskan duit beli barang yang tak berguna kat speedmart semata-mata nak tengok muka dia)..Hahaa.. 🙂 Sampai jer kat Speedmart, aku terus pandang kat kaunter cashier. Nak tahu aku nampak siapa ?

Hari nie dia takde (mungkin bercuti), nak tahu siapa yang jaga cashier ? Memang aku tergamam, muka dia sebiji macam Wawa.. Hahaa… Sama.. memang sama.. bibir dia, pipi dia, bentuk muka dia, warna kulit dia, mata dia (besar macam mata wawa), cara dia pandang aku sebiji macam cara wawa pandang.. Kebetulan ? Tak mungkin dua orang yang sama berada di tempat yang sama, pada keadaan yang sama, dan pada zaman yang sama, mungkin kah ?

Aku termenung masa nak memandu balik, lepas tue aku ceritakan kepada ibuku. Malam tadi, aku tak puas hati lagi, aku pergi lagi sekali… Hahaa.. Ajaib kan ?

Khairul Azahar Sharriffuddin
12 Oktober 2019 1:41 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Rawang
Previous Post Diari 153 : Cerita Ringkas Dari Hari Yang Panjang
Next Post Diari 155 : Yang Telah Berlalu Pergi