Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 108 : Kiasan Kata Sarkastik..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, dah selamat sampai di Senawang, Negeri Sembilan. Aku bertolak dari Rawang sekitar jam 4:30 petang dan sampai sekitar jam 8 Malam. Jalan sesak tak ingat punya (lenguh kaki aku weih tekan break). Baru aku tahu perasaan Rao macam mana berulang-alik hampir setiap hari dari tempat kerja ke HUKM untuk melihat anaknya di Hospital (Pesakit Kanser). Besar pengorbanan dia. Dia nie boleh dapat Anugerah Bapa Terhebat Malaysia 🙂 .. Aku akan undi kau Rao.. haha.

Dalam hal keibu-bapaan nie, aku jadikan dia sebagai contoh dan mentor untuk aku belajar mengenai hal-hal kekeluargaan. Hampir setiap hari, ada jer kata-kata semangat yang dia berikan kepadaku.. Haha.. Terima kasih Rao. Walaupun dia lebih muda daripada aku, aku tetap panggil dia abang. (tanda hormat aku kepadanya). Sama juga untuk orang perempuan, jika aku panggil dia kakak (walaupun lebih muda daripada aku), itu menunjukkan rasa hormatku kepadanya (aku akan jaga pandangan mataku bila melihatnya, apatahlagi jika sudah bersuami)… hehe 🙂 .

Oh My Car

Awal pagi tadi, aku pergi servis kereta di Pusat Servis Proton di Taman Bersatu, Rawang sekitar jam 10 pagi. Siap dalam pukul 12:30 tengah hari. Servis kali nie kena Rm700 (major servis) dan semalam pula, aku tukar breakpad dalam Rm85. Hari tue aku nyaris nak langgar kereta ayah.. Haha..Break-Break tak lekat.. Fuhhh.. Nasib Baik.. 🙂 . Sebenarnya sebelum Hari raya, aku dah deal nak servis kat satu bengkel kereta (murah sikit, sebab aku dapat quotation awal dalam RM850 kat Pusat Servis Proton).

Bulan ini, kereta adikku (Beeha) dah sampai Kilometer untuk servis . Kena dalam Rm1500 dan tambah servis kereta aku pula dah jadi Rm2000 lebih. Aku pun cakaplah kat ayah, aku nak servis kereta sendiri kat luar, tapi ayah tak kasi. Dia suruh aku pergi ke Pusat Servis Proton juga dan katanya bill nya boleh claim dengan ayah nanti. Aku pun ikut jer lah 🙂 . Terima Kasih Ayah 🙂

Kiasan Si Tua

Siapa si Tua nie ? . Aku mula membaca buku mengenainya seawal usiaku 12 tahun (darjah 6). Buku yang bertajuk, “Mahathir Di Sebalik Tabir” tulisan Zainuddin Maidin. Aku baca buku itu dari kulit ke kulit (awal hingga akhir) dan berulang-ulang kali aku membacanya. Aku masih ingat lagi pada waktu itu, berbaring di atas katil sambil membacanya dan buku itu akan ku akan letakkan disebelah katilku (diatas meja).

Aku kagum dengan parameter fikirannya. Setiap keputusannya pasti tidak akan popular (sukar untuk diterima) masyarakat umum semenjak dari dahulu lagi. Dia nie boleh aku sifatkan sebagai bapa sarkastik (kata-katanya yang bersifat menyindir) dan itu menunjukkan dia memiliki sifat kemelayuan yang tulen.

Sifat Melayu nie bila berkata-kata akan berkias (menyembunyikan maksud sebenar dalam kata-kata). Bila marah akan menyindir,memberikan jawapan dengan pertanyaan,dan bila berteka-teki akan memberikan perumpamaan. Itulah keunikan sifat-sifat melayu yang telah hampir hilang di telan zaman dan si tua inilah masih teguh berpegang dengannya.

Si Tua ini bila kemana-mana sahaja akan ada buku kecil dan pen mengikuti bersama-samanya. Teringatku akan kata-kata Imam Syafie,“Ilmu itu umpama binatang buruan, menyalinnya ibarat tali penambat. Maka, rugi bagi sesiapa yang sudah bersusah-payah menangkapnya kemudian dilepaskan begitu sahaja dengan begitu mudah.”

Dan teringat juga akan kata-kata Majikan lamaku, “fikiran kita ini akan sentiasa berfikir“. Aku masih ingat lagi kata-katanya sampai sekarang. Jika aku nak huraikan, boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian (mengikut kefahaman aku). Tapi, buat masa ini aku dah mengantuk.. aku malas nak huraikan.. Haha.. 🙂 . Ada masa nanti, dalam diari akan datang aku akan huraikan satu-persatu.. InsyaAllah..

Tapi dalam kata mudahnya, bila manusia itu berfikir, pastinya akan ada saat idea-idea yang bernilai ini akan popup dalam fikiran kita. (tanpa kita ketahui bila saatnya). Jika tidak dicatit, maka apa akan jadi ? Hilanglah ia begitu sahaja, umpama debu-debu simen kat tempat kerjaku.. Haha. 🙂 (Walaupun debu, tapi bila dikumpulkan semuanya, pastinya akan ada nilai & harga ke atasnya)…

Disaat inginku mengakhiri tulisanku ini, irama lagu “Laila Namamu Teratas” berkumandang di channel radio yang berada di sebelah pembaringanku ini. Hampir dari awal hingga ke akhir lagu ini, bait-bait liriknya hanyalah kiasan semata-mata.. itulah indahnya mainan bahasa..

Khairul Azahar Sharriffuddin
11 Jun 2019 12:18 Minit Malam
Taman Marida, Senawang, Selangor
Previous Post Diari 107 : Keadaan Yang Sebenarnya..
Next Post Diari 109 : Gerimisnya Aksara Hati