Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 85 : Kisah Hati Yang Tiada Penghujungnya..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Sebelum tue, kita layan dulu video daripada channel instagramku. Diari nie panjang, seperti tiada penghujungnya. Itupun, aku dah banyak skip cerita.Dah dengar, baru start baca ye. Kalau dapat baca sampai habis, memang hebat..Haha. ✌

https://www.instagram.com/p/BwhGWpknEb9/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Alhamdulillah, malam semalam aku selamat sampai menghantar ibuku ke Senawang,Negeri Sembilan. (sekitar jam 9:15 minit malam). Pagi semalam (sabtu), aku tak berapa nak sihat (terlupa makan ubat pada awal pagi). Aku banyak mendiamkan diri sehinggalah ke waktu tengah hari. Kemudian, aku mandi pada waktu tengah hari di tandas tempat kerja (mengeluarkan haba dari dalam badan)..

Alhamdulillah, selepas mandi (badanku terasa ringan). Tapi macam mana pun, aku kena hati-hati (aku makan 2 biji ubat migrain). Aku tak boleh cemas ataupun gementar sebenarnya, kepala aku akan rasa sakit, kemudian loya dan rasa nak muntah (selalunya jika nak berjalan jauh, aku akan rasa cemas). Aku tak tau sebab apa.

Aku cerita kat Jai, “aku tak boleh rasa cemas, bila cemas, aku akan kena migrain, kau ingat tak masa Rao half-day hari tue, aku jadi cemas (takut) dan terus aku sakit kepala, muntah-muntah kat tandas”. Jai jawab, “kau kena relax lah, macam mana kau boleh relax ?”. Aku balas, “aku akan relax bila tengok perempuan bogel, baru aku boleh relax” Hahaha.. ? (gurau-gurau lelaki biasa lah ye). Jai balas, “jadi,kau kena kahwin lah”. (bukan aku taknak kahwin Jai, semua perempuan yang aku nak jadikan isteri, semuanya reject aku).. ?

Kemudian aku sambung lagi lah borak ngan Jai, “kau tau tak adik-adik perempuan aku selalu bahan aku”. Adik-adik aku katakan perangai aku macam Lee Kwang Soo (selalu sangat kena tipu dengan orang). Selalunya diaorang akan nyanyikan lagu nie : “St. Agnes and the Burning Train” by Sting.Lepas tue Jai balas, “lebih kurang kau macam lee kwang soo sama lah, tinggi dah sama, kalau mengorat awek semua kena reject (sambil Jai buat tangan minta maaf), dan kau akan blushing bila jumpa perempuan cantik”.. Haha.. ?

Pukul 4 Petang, terasa sakit kepala dah semakin surut, aku datanglah lepak dengan Abang Shokeri kat belakang kilang (masa itu dia tengah buat kerja). Aku duduk lah sambil memandang ke hutan belukar, Abang shokeri tanya aku, “kau termenung apa khai ?, kalau kau termenung, aku pun nak ikut sekali. ? . Kau pun tak nak cerita, apa masalah kau”. Kemudian Abang Zul datang dan Abang Shokeri pun cakap, “kau tengok member kita nie zul, dari tadi termenung”. Abang Zul pun cakaplah, “kau jangan termenung khai, abang takut kau Hospitalize pula”.. ?

Perjalanan Kisah Lalu..

Aku sampai di rumah sekitar jam 6.10 petang daripada tempat kerja, kemudian ibuku bertanya kepadaku, “okay tak ?” (maksudnya, sihat tak ?). Aku cakap, “okay..boleh siap-siap”. Aku mandi dan bersiap-siap (yang penting mesti bawa laptop).. Haha ? . Sebelum nak pergi, aku lihat adik-beradikku (Beeha dan Beela) sedang memasak kat Dapur (macam-macam diaorang masak). Aku pun tanya, “banyaknya masak”, Ibuku balas, “adik-adik kau puasa hari nie”.

Terus aku pergi bisik kat Beeha, “Beeha, masa kau berbuka puasa nanti, kau doakan abang erol dengan Ecah ye”. (adikku diam sahaja). Lepas itu aku katakan sekali lagi, “doakan Abang Erol dapat jodoh yang baik ye”.? Adikku balas, “itu lebih baik”. Aku pun racun lah lagi, ? “mana tau Ecah lebih baik”. Adikku balas semula, “Abang Erol, tak semestinya yang kita suka itu lebih baik untuk diri kita”. (dengan Beeha nie, aku tak pernah menang lawan cakap dengan dia).. Haha.. ?

Masa nak pergi tue, adik-beradikku berdiri di hadapan rumah (Ibu dengan atok dah ada dalam kereta). Aku hisap rokok dulu, sambil berbual dengan adik-adikku. Beela berkata, “Abang Erol jangan lupa ambil mak nanti ye,tah-tah hari Rabu nie, abang erol dah ambik mak”. Beeha menambah, “abang erol kan tak boleh kalau takde mak, takde orang nak masakkan untuk dia”… Haha ?.

Aku bergerak sekitar jam 6:35 petang daripada rumah ke destinasi kami (Senawang). Aku katakan di dalam kereta, “hari ini kita ikut jalan dalam (bandaraya kuala lumpur), lalu kat Lebuhraya LEKAS” (banyak kisah yang aku nak ceritakan lepas nie). Aku singgah terlebih dahulu di klinik SP Care (untuk mengambil ubat migrain). Hampir semua Staff kat situ dah kenal aku. ? .Seorang Staff tanya aku (dia nie selalu tersenyum), siap kenyit-kenyit mata dengan aku lagi masa dia nak ambil ubat.. Haha.?. “taknak check tekanan darah ke ?”tanyanya. Aku cakap, “takperlah..sama juga”. Aku rasa migrain nie dah takde ubat (dah macam-macam aku buat)..

Penat dah aku, pernah sekali dahulu (3 tahun yang lepas), aku pergi ke Hospital (periksa mata), sebab masa itu, aku syak sakit kepala aku datang daripada mata (rabun). Aku tengok orang lain, masuk dalam bilik pemeriksaan lebih kurang 10-15 minit jer dan bila tiba giliran aku, lebih daripada 2 jam aku duduk dalam tue. Aku cakaplah kat Doktor, aku selalu sakit kepala (habis semua peralatan dalam bilik tue digunakan untuk periksa tahap kesihatan mata aku). Dia cakap, semuanya okay dan takde apa-apa. Dia pun dah tak tau nak buat apa lagi. Last sekali dia tanya aku (doktor perempuan nie tau), “awak dah kahwin ?”. Aku jawab, “belum lagi”. Dia balas, “Haa..awak kahwin dulu, nanti migrain awak akan hilang” (gelak kitaorang dalam tue).. Haha.. ??

Bermulanya Disini..

Okay, aku sambung semula kisah perjalananku ye. Selalunya bila aku bawa kereta (aku memang tak tutup tingkap). Aku nak rasa angin terbias ke wajahku. Macam-macam rasa ada. Rasa sejuk, rasa dingin, tapi kalau panas, aku tutup tingkap lah (buka aircond)..? Haha..

Tahu tak kenapa aku suka melalui lebuhraya LEKAS ?. Sebab ia banyak menyimpan memori masa silamku (kehidupan). Dalam perjalanan melalui lebuhraya LEKAS, mula-mula sekali aku akan melalui Jalan Loke Yew dan dihadapannya adalah Jalan Chan Sow Lin, dimana terletaknya CIDB Convention Centre. Aku pernah beberapa kali kesana dahulu (mengambil kursus) pada tahun 2010 (Akademi Binaan Malaysia, Milik penuh CIDB). Di penghujung bulan sebelum tamat belajar di GiatMara, kami di hantar ke sana oleh guru kami (1 batch) untuk mengambil pensijilan TWI (The Welding Institute).

Kami menghabiskan masa selama seminggu bersama-sama di sana sebelum berpisah. Aku tak boleh lupakan kenangan itu (jap ye..aku pergi survey facebook members aku jap,tengok gambar-gambar lama untuk upload kat diari nie)..Okay, Puas dah aku cari, tapi tak jumpa (nak dekat setengah jam aku cari).. Haha.. ? . Kita teruskan lagi cerita nie ye..

Bila kami tiba di Prima Saujana, aku katakan kepada ibuku, “mak kat sinilah erol belajar dahulu (Kolej Komuniti Hulu Langat), jauh daripada rumah, hari-hari datang”. Masa itu, kereta aku kena Hon.. Haha.. ? .

Dahulu (pada tahun 2011), setiap pagi aku akan keluar rumah sekitar jam 6 pagi untuk pergi ke Kajang daripada Rawang, naik motor masa tue.. (penat jangan cakaplah).. Selalunya, standard perjalanan (1 jam 5 minit), kalau aku penat sangat, aku akan terus ke Senawang (perjalanan dalam 40 minit sahaja)..

Selepas melintasi Kolej Komuniti Hulu Langat, aku katakan kepada ibuku, “kita dah nak masuk Highway LEKAS nie, dalam 40 minit lagi, kita akan sampai kat Senawang”.

Suka Dan Disukai..

https://www.instagram.com/p/Bwe2_5kHEIS/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Ketika memandu di atas Lebuhraya LEKAS, kenangan-kenangan zaman sekolah mula bermain di fikiranku. Aku mula teringatkan kembali perempuan-perempuan yang pernah meluahkan rasa hatinya kepadaku (Ini bukan perasan ye).. Haha.. Ini betul-betul.. ??

Aku teringatkan perempuan yang pertama sekali yang ingin berkenalan denganku, iaitu pada tahun 1999 (Darjah 6). Namanya Husna, berkaca mata bulat dan bertudung sedikit labuh. Ketika itu, aku bersekolah di SK Teruntum, Kuantan, Pahang. Aku ingat lagi, di kaki lima (dihadapan kelas). Aku berjalan dengan rakan-rakanku, dan datang sekelompok perempuan, salah seorangnya memberikan aku satu hadiah (keychain).

Dia katakan kepadaku, “Husna Kasi”. Disebabkan masa itu, ada salah seorang rakanku yang berminat dengan dia, terus aku campak keychain tue kat dalam longkang (dihadapan Husna). Aku tak tau dia ada kat situ. Kawan Husna mengambil semula keychain itu dan menyerahkan semula kepada Husna (dihadapanku). Itu adalah saat pertama kalinya, ada perempuan yang ingin mendekati diriku (approach). Mungkin juga masa itu aku tergamam.. Maafkan aku Husna ye.. (Aku ingat lagi riak wajah dia di masa itu)..

Pada zaman tue (main surat-surat jer). Selalunya aku akan jumpa surat di bawah meja ku.. Haha.. ?. Ada salah satu surat yang tertulis lirik lagu (purnama merindu). “Aku meminta pada yang ada,aku merindu pada yang kasih,aku merayu padamu yang sudi merindu ku”. Aishh.. malu pula aku nak cerita perkara-perkara macam nie.. ?

Okay, kita pergi ke Sekolah Menengah pula ye. Pada tahun 1999, aku memasuki ke tingkatan 1 di SMK Tok Sera, Kuantan. Masa itu, ada seorang perempuan, namanya Yusliana (hitam manis), dia katakan, nak berkenalan jadi kawan, tapi aku bodoh, aku ingat nak berkenalan jadi kawan betul-betul. Aku buat macam biasa jer lah, macam kawan. (last-last dia couple dengan kawan aku, Nazmi).. haha.. ?

Sebenarnya aku tak tau proses-proses nak bercinta nie (takde pengalaman). Ketika itu, aku ada sukakan seorang perempuan (kelas sebelah), berkulit putih, namanya Shamsabiha (dia nie pendiam). Tapi aku simpan dalam hati jer lah.. Haha.. (pakwe dia hensem) dan juga aku tertarik dengan seorang perempuan berbangsa cina (Lim Woon San).. Memang cantik..Dia dah kahwin 2 tahun lepas.. Dia nie pun jenis pendiam.

Bila fikir-fikir kembali kan, baru aku tahu jenis-jenis perempuan yang mudah untuk buat aku jatuh cinta (salah satunya jenis pendiam). Bagiku, pendiam nie umpama ada sesuatu perkara yang dia simpan (pendam), macam misteri lah. Aku rasa macam nak selongkar rahsia hati dia (apa yang sebenarnya dia simpan). Daripada pandangan mata sebenarnya dah boleh baca diri seseorang itu (orang jenis pendiam nie, mata dia sayu kerana sedang memikirkan sesuatu)..

Okay, kita sambung lagi ye. Ketika aku di tingkatan 2 pula. Ada seorang perempuan di dalam kelas yang sama denganku, namanya Izzati (perempuan yang berbadan sedikit chubby, berkaca mata dan berkulit putih). Kelas kitaorang ketika itu menggunakan meja makmal (dalam 5 orang satu meja). Izzati duduk kat meja depan sekali (bahagian tepi). Aku duduk di meja belakang.

Bayangkan, daripada pagi sampailah balik sekolah, dia akan tenung aku (sepanjang masa) dan hampir setiap hari benda nie jadi. semua member-member dok perli aku masa itu. “Weih azahar, Izzati tengok kau”. “Azahar buat muka panas pula”. “Weih Azahar, nanti kau kahwin dengan dia, roboh katil kau”..Aku naik serabut masa tue (boleh jadi gila lah).. Tapi lama-lama dia perasan perkara tue dan akhirnya perkara tue jadi senyap jer..

Tak lama lepas tue dia pindah sekolah. Tapi ada member aku yang duk kat tempat dia, bila jumpa aku, mesti akan cakap, “weih Izzati dah mengancam sekarang.. dah kurus”. Aishh.. aku tak tahulah.. saje je nak bahan aku sebenarnya.. ?

Serius aku dah tak larat nak menaip lagi.. Haha.. Panjang lagi ceritanya nie.. Tapi cerita lepas nie (di tingkatan 4) memang telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidupku (sampai sekarang).. Tak ramai orang yang tahu ceritanya (kecuali yang sama sekolah denganku). Tapi, hanya ada 3 orang sahaja yang mengetahui kisah sepenuhnya kerana ketiga-tiganya ada bersamaku pada hari kejadian (kena ada diari khas, sebab kisahnya terkait sehingga ke hari ini dan ia sangat sensitif)..

Okaylah ye, InsyaAllah esok atau Lusa aku akan tulis sebuah diari yang bertajuk “Kisah Seekor Merpati” .Kejadian ini berlaku pada waktu pagi (di Senawang). Kisah ini akan menutup semua pertanyaan-pertanyaan perasaan hatiku yang berlaku kepadaku kebelakangan ini. Alhamdulillah, aku dah dapat jawapannya..

Khairul Azahar Sharriffuddin
21 April 2019 11:11 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 84 : Ingin Jadi Seperti Itu..
Next Post Diari 86 : Kisah Seekor Merpati