Diari 121 : Lelaki Yang Berlari..

Assalammualaikum Dan Salam sejahtera..

Alhamdulillah, hari ini aku dapat mengharungi kehidupan tanpa ubat migrain (sampai sekarang masih okay lagi).. 😉 .Mula-mula aku rasa takut juga sebab dah terlewat makan ubat. Tapi aku steady jerlah, alang-alang dah lupa makan ubat, aku biarkan jer. Tapi macam mana pun, aku kena alert juga lah sebarang perubahan yang terjadi pada tubuh aku..

Hari ini, aku tak sempat nak jogging awal pagi tadi (terlewat bangun). Macam biasa, aku cuci kandang kucing dulu (sudah menjadi rutin harian). Kemudian, aku cuci kereta, dah sebulan lebih aku tak cuci. Rupa dah macam baru keluar hutan kotornya.. Haha.. 🙂 .Kalau aku tak basuh hari ini, esok mesti aku kena bahan dengan member-member kat tempat kerja… 🙂

Lepas selesai cuci kereta, aku kemas tempat tidur (bersihkan apa yang patut), kemudian aku keluar ke bukit sentosa sekitar jam 2 petang (aku pergi ke kedai ikan). Beli batu hiasan untuk di isi di dalam akuarium. Ikan belum ada lagi, tapi semuanya dah siap, tinggal nak masuk ikan jer (ikan puyu). Akuarium tue aku letakkan kat sebelah meja kerja aku (sebelah katil).

Kemaskini Blog

Dari tengah hari tadi aku menghadap laptop jer, aku try install plugin yang aku beli semalam ke dalam website aku (nampak macam dah berjaya) ..Nampaklah, hasilnya tak tahu lagi.. haha :-).Sekarang nie masih lagi di dalam proses design. Nanti dah siap, aku akan tunjukkan kat kau orang semua..

Okay, untuk blog personal Lelakiberlari.com nie ,aku ada lakukan sedikit penambahan dengan menambah CATEGORY baru. Boleh click di bahagian MENU di bahagian atas, dan click MUTIARA KATA-KATA . Disitu, aku himpunkan koleksi kata-kata, nasihat, wasiat, ataupun petikan daripada cendekiawan-cendekiawan dunia Islam terutamanya.

Kesemua koleksinya adalah bergambar dan aku design sendiri menggunakan web application (bukan aku curi kat tempat lain ye). InsyaAllah, aku akan cuba untuk kemaskininya pada setiap hari (paling kurang pun 1 gambar setiap hari). Aku juga upload kesemua gambarnya di channel instagram, dan aku dapati traffic ke dalam laman web aku dah mulai meningkat dalam beberapa hari ini terutama traffic yang datang dari Instagram..

Aku juga ada menambah 2 fungsi aplikasi Whatsapp di dalam blog ini, iaitu button SHARE di dalam setiap Post dan juga FOOTER BUTTON (click to chat). Nampak ada sedikit perubahanlah kan. Aku cuba untuk mengekalkan nilai asal blog ini (sebab apa blog ini wujud) dan perubahan yang aku cuba lakukan ini tidak akan terkeluar daripada konsep asalnya.

Aku ada idea untuk masukkan category baru, TRAVELOG . Tapi, buat masa ini aku takde masa nak buat (bekerja). Best kan, pergi ke suatu tempat, kemudian ambil gambar, video dan menulis setiap aktiviti-aktiviti yang di lakukan disitu (share).. Lelakiberlari dan Travelog.. kan sama tue.. Haha. 🙂 Aku teringat kata Rao :-

“Orang yang berjaya di dalam dunia ini adalah orang yang bekerja lima hari sahaja. Dia berjaya bukan sebab lima hari tue, tapi disebabkan dua hari”

Khairul Azahar Sharriffuddin
21 July 2019 11:15 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Share Artikel Ini Di Whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Berbual ? Meh WhatsApp

Seorang Freelance Web Developer, Budak Kurus Dan Selalu Migrain !!.. Nak Buat Website Super Murah ? WhatsApp jer..

Lelakiberlari.com

Khairul Azahar Sharriffuddin

Online

Khairul Azahar Sharriffuddin

Salam, what can i do for you ? 00.00