Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 83 : Malam Terakhir..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Didalam beberapa hari ini, aku merasakan ada sesuatu perkara yang selalu bermain di dalam fikiran dan perasaanku. Seperti ada sesuatu di dalam hati, yang ku rasakan sukar untuk diluahkan di dalam bentuk kata-kata..

Mungkin juga disebabkan terlalu banyaknya perkara yang ku hadapi untuk beberapa ketika waktu ini, menyebabkan aku lebih banyak termenung dan ku tahu, aku dah tak seceria dahulu lagi (aku lebih suka bersendiri, seperti saat ini).. Memang bahagia…(aku tak tipu).. ?

Kerja-kerja IT merupakan kecenderungan hatiku (passion). Aku akan rasa sangat bahagia dengan apa yang aku lakukan ini. Petang tadi, aku dah berbincang dengan rakan-rakan sekerjaku. InsyaAllah, bulan 8 ini aku akan buat satu keputusan awal mengenai hala tuju masa depanku..(aku dah tak boleh tunggu lagi). Kali ini aku kena buat keputusan, dan aku akan ikut kecenderungan hatiku..Aku taknak menyesal suatu hari nanti..

Sebagaimana yang aku ceritakan sebelum ini, kehidupan ini hanya lebih kurang 70 kali tukar kalender sahaja (sekejap sangat), aku nak capai sesuatu dalam hidup ini. Aku taknak kehidupan yang biasa-biasa.. Hidup hanya sekali, dan khai hanya ada seorang sahaja (yaitu diriku), aku yang akan mencorak kehidupanku sendiri.. Aku taknak bila saat aku meninggalkan dunia ini (berada di dalam keadaan menyesal)..

Ramadhan pun dah semakin hampir, ada banyak perkara-perkara yang tidak baik yang ingin aku keluarkan daripada dalam hidupku. InsyaAllah, aku ingin berusaha menjadi seorang muslim yang baik untuk keluarga dan sahabat-sahabatku (ada banyak perkara yang tidak baik yang ingin ku tinggalkan terus dalam hidupku)..

Malam ini adalah malam terakhir untuk aku melakukannya (perkara yang tidak baik) dan aku janji untuk tidak mengulanginya sepanjang hidupku lagi selepas ini.. Aku janji… Aku rasa dah tiba masanya untuk aku melakukan semua itu..

Isteri..

Aku rasa, aku dah tak nak fikirkannya lagi dah. Aku nak fokus dengan apa yang aku lakukan kini. Aku akan fikirkan kembali, bila aku dah ada half-million (setengah juta) nanti ?.. Sungguh aku tak tipu ?

Aku mengimpikan seorang isteri yang sepenuh masa menjaga keluarga (tidak bekerja). Tapi bukan duduk rumah jer lah.. Jika dia minat menjahit, boleh lah pergi kelas menjahit. Kalau dia minat memasak, aku hantar dia ke kelas memasak, kalau dia minat berniaga, aku akan buat web untuk dia.. ?. (sebab itu aku nak jadi jutawan).

Aku taknak susahkan isteriku, bila aku dah berjanji untuk menjaga dia. Aku taknak dia susah untuk memikirkan sesuatu, bila aku dah berjanji untuk menemani diri dan perasaan hatinya, dan aku taknak dia susah untuk memiliki sesuatu, bila aku dah berjanji untuk berkorban apa sahaja untuk memiliki hatinya. Biar aku yang susah, tapi bukan dia (yang telah ditakdirkan untuk diriku). Aku nak dia bahagia dengan kehidupan ini, bahagia dengan apa yang dia miliki..

Banyak impian aku tentang hal rumah tangga ? .. Tapi itulah apa yang ku impikan sebenarnya. Tapi macam mana pun, aku perlu jadi jutawan dulu, baru boleh cerita.. Haha ??..

Cerita pasal jutawan, petang tadi aku lepak dengan adik-adik (Rahim, Sai dan Afiq). Rahim kata kat Sai, “kau ingat kalau abang khai dah jadi jutawan, nak ingat kat kau ke ?, Abang mesti cakap, ahh.. budak-budak part-time nie, sampah jer, mesti dia lupakan kau punya Sai”.. Haha.. 🙂

Aku tahu suatu hari nanti, akan tiba saatnya untuk berpisah dengan adik-adik nie (bila diaorang dah dapat tawaran belajar nanti). Pastinya abang akan rindukan telatah korang nanti. Abang takkan pernah lupakan setiap orang yang pernah abang jumpa, tapi koranglah yang akan lupakan abang suatu hari nanti.. Kau orang lah yang selalu buat abang tersenyum dan tertawa.. Sebagaimana kata Rahim tadi, “Ada sebab kenapa Allah temukan seseorang itu”.

Khairul Azahar Sharriffuddin
18 April 2019 8:13 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 82 : Hitam Dan Putih Kehidupan..
Next Post Diari 84 : Ingin Jadi Seperti Itu..