Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 161 : Melangkau Hari

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Lama tak menulis kan ? Hahaa.. ada dalam 2 minggu juga. Ini merupakan jarak tempoh yang paling lama sekali aku tak menulis. Kenapa tak menulis ? Sebab dalam tempoh masa 2 minggu nie, aku agak struggle juga untuk menstabilkan kehidupan aku. Banyak perkara yang aku nak selesai. Walau bagaimanapun aku sukakan cabaran hidup sebegini. Sebagaimana yang aku katakan sebelum ini, kehidupan ini tak lama (lebih kurang 70 kali tukar kalender jer), dan aku nak hidup sebagaimana yang aku impikan.. Aku akan terus berusaha untuk mencapainya..

Takkan kecewa orang yang berusaha dalam hidupnya, aku yakin itu. Aku planning untuk berkahwin tahun hadapan, banyak perkara yang perlu aku selesaikan sebelum aku boleh menghadapinya. “kesian wawa tunggu lama-lama” kata ibuku, tapi aku nak buat macam mana kan ? Selagi aku tak yakin, aku taknak teruskannya.. Tapi aku cubalah, siapa yang taknak kahwin kan ? Hahaa.. Aku pun bukan muda lagi, zaman aku dah berlalu, bak kata adik aku, Hahaa.. nak mengorat perempuan yang muda-muda memang dah takdelah, pakat semua panggil aku abang jer sekarang nie, takpun pakcik.. Hahaa.. 🙂

Rahsia Lelaki

Okay, semalam aku keluar dengan Abang Saga (rakan sekerja di tempat lama). Aku respect cara pemikiran dia dari dahulu lagi, setiap kata-kata dia memang aku rasakan bernas di benak fikiranku (dan ada di antaranya aku gunakan dalam kehidupan seharian aku). Semalam aku berbual dengan dia, aku katakan yang aku planning untuk berkahwin pada tahun hadapan. (sedang berusaha ke arahnya).

Dalam perjalanan di dalam kereta, aku katakan yang aku takkan benarkan isteri aku bekerja, biar aku seorang jer bekerja. Lepas itu aku tanya dia, “kalau abang macam mana ?”. Dia pun menggelenggkan kepala sambil berkata, “tak”. Bagi aku, isteri tempatnya di rumah, (tetapi suami kena jadikan rumah itu sebagai syurga bagi isterinya bukan nerakalah).. Hahaa.. Aku tak kisah jika isteri nak keluar belajar (belajar agama, kelas menjahit, kelas buat kek, apa-apa yang dia sukalah, dan aku suka isteri aku belajar perkara-perkara yang sebegitu). Tapi jika bekerja, itu bukan merupakan suatu pilihan bagi akulah (kalau terpaksa juga, itu dah masuk kisah lain lah)..

Itu pandangan dan pendapat aku (berdasarkan pengalaman yang pernah aku lalui). Lain orang akan ada pandangannya (dan aku meraikan semua pandangan). Sambung semula cerita tadi, di dalam perjalanan pulang, aku memberhentikan kereta di tengah jalan (disebabkan ada sekumpulan pekerja yang melintas jalan). Abang saga mengatakan, “tengok tue, lelaki perempuan bercampur, lama-lama nie akan mesra punya”.. Hahaa.. memang aku setuju 100% apa yang dia katakan.. :-). Lepas itu aku tambah, “sampai bila boleh tahan ?”. Abang Saga balas, “yee..sampai bila boleh tahan, kalau dah hari-hari jumpa, lama-lama akan mesra punya, aku tahulah, aku lelaki !”

Haha.. Kalau dalam perkara-perkara seperti ini memang aku takkan percaya orang lelaki, sebab apa ? Sebab aku lelaki, aku tahu apa yang ada difikiran lelaki, kemahuan lelaki, keperluan lelaki. Sifat lelaki secara semulajadinya adalah memang seperti itu. Bernasib baiklah kalau orang perempuan boleh jumpa lelaki yang boleh “menahan” dirinya daripada semua itu. Sebab apa aku cakap bernasib baik ? Sebab dalam hal sebegini, takkan ada sesiapa pun yang boleh kenalpasti orang yang baik untuk dirinya. Nasib kau oranglah, jika dah memiliki, aku minta bersyukurlah. Jika belum, berdoalah supaya bertemu dengan orang-orang yang baik..

Aku pernah berbual dengan adik-adik perempuanku, adikku berkata, “dia baiklah, selalu pergi masjid”. Aku tergamam, tersenyum dan berkata dalam hati, “what the fish, apa niee!!”. Terus aku luahkan kata-kataku, “apa definisi baik bagi kau ? macam mana kau boleh buat kesimpulan dia baik disebabkan pergi ke masjid ?. Bukan sekali aku dengar kenyataan sebegini, malah berulang-ulang kali. Kalau beginilah cara pemikiran orang perempuan, maka benarlah cerita-cerita yang aku baca dan lihat selama ini, bagaimana mudahnya terpedaya orang-orang perempuan dengan penampilan dan perwatakan yang dibawa oleh orang lelaki.. Aishhh..

Sepanjang pengalaman hidup ini, aku dah pernah lihat bagaimana perempuan berlaku curang diluar pengetahuan suaminya. Sebab apa ? sebab orang perempuan tue sendiri yang membuka “peluang” untuk orang lelaki itu mencuba. (tidak diletakkan batasan). Orang lelaki nie secara semulajadinya memang dah perangai s**l macam tue, kalau nampak dah ada peluang, mesti nak try. (itu orang perempuan nak kena tahu lah). Tak kiralah pakai kopiah, serban, jubah, ataupun selalu pergi masjid pun. (perkara nie adalah perkara natural dan subjektif). Jangan cakaplah, sebab mengaji dah sampai Mesir takkan buat perkara-perkara sebegini (tak munasabah langsung kenyataan itu). Ini ilmu hati, bukan boleh dapat melalui sekeping ijazah atau diploma. Ilmu hati ini adalah suatu bentuk ilmu yang tersembunyi, tak boleh dimiliki melainkan suatu kurniaan & anugerah (boleh jadi kepada sesiapa sahaja tanpa melihat kepada luaran manusia)…

Jadinya, para isteri semua, selagi mana suami masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami (beri nafkah dan tidak menyakiti isteri), janganlah buat perkara-perkara yang tak elok di belakangnya. Kalau rasa nak try lelaki-lelaki lain kat luar sana (yang dirasakan lebih baik), aku rasa lupakan je lah. Lelaki yang baik, takkan buat perkara-perkara sebegitu, malah dia akan jaga batasan pergaulan dengan orang perempuan. (apatahlagi jika isteri orang). Nak jumpa lelaki macam tue, seribu dalam satu belum tentu lagi. Jadinya, berhati-hatilah dengan orang lelaki. Jaga batasan dan pergaulan, jangan bagi peluang, ingat suami dan anak-anak yang ada kat rumah tue. Perkara sebegini, kalau dah terjadi, takkan boleh undur lagi, dan hukumnya akan dibawa sehingga ke hari akhirat nanti.

Aku memohon perlindungan Allah s.w.t dari diuji dengan keadaan yang begini (mendapat isteri yang sebegini). Aku sangat takut.. takut ia akan terjadi dalam hidup aku, sebab aku takde kekuatan untuk menghadapinya. Aku lemah, tiada kekuatan sebagaimana suami-suami yang pernah diperlakukan sebegitu oleh isteri mereka. Ya Allah, lindungilah aku…

Khairul Azahar Sharriffuddin
13 November 2019 4:05 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Previous Post Diari 160 : Adam Haris
Next Post Diari 162 : Garisan Masa & Hati..