Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 150 : Melarik Cahaya Ilmu

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Sebelum itu, aku nak kongsikan channel instagram yang diwujudkan khas untuk blog lelakiberlari.com nie. Aku harap semua orang boleh follow lah ye 🙂 . InsyaAllah, aku akan sentiasa update kandungan grafiknya dari semasa ke semasa. Kata-katanya hikmahnya, aku kutip dari cendiakawan seluruh dunia. (tak kira apa jua kefahamannya).

Pendapat ataupun pandangan seseorang itu selagi mana ia masih boleh membawa kepada kebaikan, maka tidaklah ia menjadi suatu kesalahan untuk diambil pengajaran daripadanya, dan itu juga tidak bertentangan sebagaimana pandangan yang dibawa oleh Imam Al-Ghazali (berkenaan mengambil sumber ilmu). Jadi sekiranya kita ada sesuatu perkara yang baik, molek kiranya kita kongsi dan sebarkannya bersama, mana tahu ada seseorang di luar sana yang memerlukannya kan ?

Semua grafik di dalam channel instagram tersebut aku design menggunakan Stencil Grafic Design Tool . Memang mudah, drag and drop sahaja, semuanya bergantung kepada kreativiti dan imaginasi masing-masing jer. Grafic tool nie sesuai untuk digunakan untuk tujuan marketing (pemasaran). Sesiapa yang terlibat di dalam dunia marketing ataupun perniagaan online, boleh cuba, memang terbaik (account percuma, limit 10 images per/month).

Alhamdulillah, aku sempat grab lifetime offer (premium account) beberapa bulan yang lepas. Sekali bayar jer, then boleh pakai sampai bila-bila. Nak tahu tak ? Perisian, plugin, dan tools yang seperti inilah yang digunakan oleh influencer dan markerter kat luar sana (yang kau orang terpaksa bayar untuk attend diaorang punya kursus ataupun seminar). Benda-benda basic macam nie jer, diaorang takkan cerita benda nie, melainkan kau orang kena keluarkan duit terlebih dulu (itupun ajar macam tak berapa nak sampai).. Lebih baik kau google jer, serius…

Boleh dikatakan diaorang nie takkan kongsikan ilmu-ilmu yang diaorang ada melainkan ada suatu balasan untuk mereka, then kalau kau orang sebarkan ilmu diaorang tanpa kebenaran (diaorang akan mula main sentimen keagamaan dan bangsa).. Tak halal lah, tak berkat lah.. :-). Aku memang anti dengan cara perkongsian ilmu sebegini. Tapi itu pandangan aku lah ye, nanti ada orang marah dengan aku pula. Mungkin ini menjadi punca rezeki utama bagi mereka. Aku nak minta maaf terlebih dahulu..

Jadi, aku cadangkan bagi sesiapa yang nak study perkara-perkara sebegini, boleh bermula dengan google, boleh baca artikel di google (ambil 2-3 pandangan & pendapat). Kalau tak faham, youtube lah, boleh lihat secara visual. Lama-lama mahirlah 🙂 . Alhamdulillah, dengan teknik itulah yang aku gunakan sampai aku boleh merekacipta sebuah laman web kini. (walaupun mengambil masa bertahun). Tapi aku puas hati. Ilmu itu tiada sempadannya, kitalah yang menjadi sempadannya.. 🙂

Okay, untuk channel instagram bloglelakiberlari nie, aku harap dapat mengumpul followers sehingga sejuta orang sebelum aku mati 🙂 dan dengan harapan semua orang diberi kesempatan untuk memperolehi manfaat daripadanya. Aku rasa boleh, perlu percaya kepada diri sahaja. Alhamdulillah, Fan Page Facebook miliku Viral.my kini dah mencecah lebih 100k followers, page ini ditubuhkan 3 tahun yang lepas. Terima kasih kepada Pakcikku juga (Founder bersama) yang sentiasa upload dan mengemaskini page tersebut.

Nampak tak, sesuatu perkara yang kita lakukan secara berterusan dan percaya dengan apa yang kita lakukan, pastinya akan memberikan suatu hasil kepada diri kita suatu masa nanti, ibarat kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, betul tak ? 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
21 September 2019 10:41 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Previous Post Diari 149 : Berlari Mencari Pelangi
Next Post Diari 151 : Aku