Diari 88 : Mungkin Dia..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

InsyaAllah, esok aku akan pergi ke Senawang untuk mengambil ibuku pulang ke kampung semula (Rawang).Seminggu juga aku ditinggalkan oleh ibu (rasa sunyi sangat). Aku boleh bayangkan jika ibu telah tiada nanti (pastinya akan rasa kosong). InsyaAllah, aku akan bergerak lepas balik daripada kerja (rasanya dalam pukul 8 malam, lepas maghrib)..

Semalam buat pertama kalinya dalam hidupku, aku menghantar satu pesanan whatsapp kepada seorang wanita (dengan tujuan untuk mengenali dirinya). Sebagaimana yang aku ceritakan di dalam diari-diari sebelum ini, aku tak pernah bercinta sepanjang hidupku, apatahlagi memulakan sesuatu seperti itu. (percaya atau tidak, dia adalah wanita pertama aku buat begitu).

Sebelum ini, aku tak berani nak berhadapan dengan orang perempuan, apatahlagi untuk berkata-kata seperti itu. Semalam, aku cuba memberanikan diri. Aku dah tak boleh takut-takut lagi, kalau tak sampai bila-bila lah aku akan hidup keseorangan macam ini. Bak kata ibuku, “jadilah gentleman sikit, macam bapak kau,(sambil tunjuk isyarat good). nie dengan orang perempuan pun kau takut”… Haha ??..

Nama panggilan dia Wawa, dikenalkan oleh Jai kepadaku (teman sekerja). Dah beberapa kali Jai cakap kepadaku tentang dirinya (tapi aku tak bersedia lagi masa itu). Tapi bila fikir-fikir kembali kan, sekurang-kurangnya disini, aku boleh belajar untuk berhadapan dengan orang perempuan, berkata-kata, ataupun bertentang mata dengan mereka (yang mana sebelum ini aku rasa gugup dan takut).. Haha.. ?

Dia juga ada ciri-ciri sebagaimana yang aku gambarkan (berkulit putih, chubby-chubby sikit, tinggi paras dada). Sebelum whatsapp, aku dah usha-usha facebook dia terlebih dahulu (untuk kenal karakter dan kecenderungan). Dari mata dia, aku tahu, dia nie jenis banyak berfikir dan boleh jadi selalu menangis juga (itu apa yang aku dapat rasa lah)..

InsyaAllah, jika dia sudah ditakdirkan untuk diriku.. Semoga Allah swt mempermudahkan segalanya, InsyaAllah. Aku jarang berdoa tentang jodoh sebenarnya (mungkin boleh dibilang dengan jari). Tahun lepas, hari dimana aku berdoa agar ditemukan jodoh (aku ingat lagi masa itu, berdoa dalam kereta nak pergi kerja) pada hari yang sama juga, ada perempuan yang ajak aku kahwin (Alhamdulillah tak jadi, kalau tak, habislah aku)..??

Dan Wawa pula, perkara yang sama juga aku lakukan (berdoa di dalam kereta), kemudian malamnya Jai call aku (hampir setengah jam aku berbual dengan dia). Jai berikan no telefon Wawa, dan semalam adalah harinya. InsyaAllah aku akan cuba sebaik-baiknya..

Mengapa aku menulis Diari..

Sebagaimana yang aku ceritakan sebelum ini, tujuan aku menulis diari tidak lain hanyalah untuk dijadikan suatu bahan bacaan untuk anakku mengenali siapa bapanya suatu ketika dahulu .Sebagaimana rasa ingin tahuku mengenai kisah-kisah ayah dan ibuku, begitulah hendaknya ku ingin ia ada pada diri anakku suatu ketika nanti..

Aku nak dia tahu tentang perjalanan hidupku agar dia dapat mengenali siapa dirinya, bagaimana semuanya bermula dan bagaimana semuanya berakhir. InsyaAllah jika semuanya diizinkan Allah s.w.t..

Khairul Azahar Sharriffuddin
26 April 2019  11:15 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Share Artikel Ini Di Whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *