Mutiara Kata 2 : Imam Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali atau nama sebenarnya, Muhamad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali Al-tusi. Dipanggil sebagai Al-Ghazali kerana dinisbahkan kepada tempat kelahirannya iaitu di ghazalah yg terletak dipinggir bandar Tusi di dalam wilayah KhUrasan, Parsi, (Iran).

Beliau merupakan tokoh pemikir besar di dalam ilmu sejarah falsafah dunia islam dan diberikan gelaran sebagai Hujjatul Islam (pembela islam). Karyanya yang terbesar adalah Ihya’ ‘Ulum al-Din (Menghidupkan Kembali Ilmu Agama). Mari kita lihat, mutiara kata-kata yang datang daripadanya :-


1.Jika Engkau Bukan Anak Raja Dan Ulama Besar

Mutiara kata, pesanan, wasiat, kata-kata imam Al-Ghazali . Koleksi bergambar
“Kalau kamu bukan anak raja dan engkau bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis” (Imam Al-Ghazali)

2. Kelazatan Marifat Kepada Allah

Wasiat, Nasihat, Pesanan, Mutiara Kata Imam Al-Ghazali berkenaan nafsu
“Semua syahwat dunia bergantung pada nafsu, dan nafsu akan lenyap bersama kematian. Sebaliknya, kelazatan “Makrifat kepada Allah’ bergantung kepada kalbu, dan kalbu tidak akan rosak bersama kematian” (Imam Al-Ghazali)

3. Syaitan Itu Seperti Serigala

Syaitan itu seperti serigala
“Syaitan itu bagai serigala. bila diusir dari arah yang satu, dia akan datang lagi dari arah yang lain (Imam Al-Ghazali)

4. Urusan Hati

Ilmu Hati Imam Al-Ghazali
“Aku tidak pernah berurusan dengan sesuatu yang lebih sukar daripada hatiku sendiri. Adakala ia bersamaku, adakala ia menentangku” (Imam Al-Ghazali)

5. Berjihad Melawan Hawa Nafsu

Berjihad melawan hawa nafsu
“Jihad nafsu itu tidak engkau kalahkan dengan jihad yang bersunguh-sungguh, maka sesekali hatimu tidak akan hidup bermakrifat” (Imam Al-Ghazali)

6. Apa Itu Makrifat ?

Rahsia Makrifat
“Makrifat itu adalah melihat rahsia-rahsia Tuhan dan mengetahui peraturan-peraturan Tuhan tentang segala yang ada” (Imam Al-Ghazali)

7. Berkata-kata Dengan Kata-Kata Yang Lembut

“Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera” (Imam Al-Ghazali)

8. Ilmu Dan Amal

“Ilmu tanpa amal adalah gila, manakala amal tanpa ilmu tidak diambil kira” (Imam Al-Ghazali)

9. Sedia Menerima Teguran Seseorang

Cara mengur di dalam islam
“Apabila seseorang menegur kamu dengan penuh hikmah dan kamu terasa dan marah dengan tegurannya, ketahuilah bahawa sudah ada sebesar-besar takabbur dalam hatimu” (Imam Al-Ghazali)

Share Artikel Ini Di Whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Berbual ? Meh WhatsApp

Seorang Freelance Web Developer, Budak Kurus Dan Selalu Migrain !!.. Nak Buat Website Super Murah ? WhatsApp jer..

Lelakiberlari.com

Khairul Azahar Sharriffuddin

Online

Khairul Azahar Sharriffuddin

Salam, what can i do for you ? 00.00