Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 69 : Pecahan Hati

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari pertama aku bekerja semula (pada hari rabu), tangan aku terseliuh (dengar bunyi tulang).. Aku ingat tangan dah patah (tapi aku buat-buat steady jer masa tue).. Haha..:-) . Aku cakap kat Rao, “saya rasa tangan saya dah patah bang, saya nak pergi basuh muka sekejap.. Saya rasa nak pengsan” (masa itu Rao pegang tangan aku)..

Cepat-cepat aku pergi kat sinki dan basuh muka dan tangan, kemudian aku minta air kat Abang SK. Alhamdulillah, rasa lega sedikit lepas minum air. Dalam beberapa hari nie, aku perasan Rao tak bagi aku buat kerja (angkat yang berat-berat), dia cakap, “aku tahu tangan kau masih sakit”.

Aku pernah ada pengalaman lebih kurang macam nie (masa kerja di dalam maintenance department dulu). Kerja waktu malam, terketuk jari dengan penukul (hammer). Tahu jerlah kan, kalau kerja maintenance, mana ada tukul macam “sayang-sayang” 🙂 , mesti tukul dengan sekuat hati punya.. Haha.. 🙂 . Aku pengsan malam tue (sakit sangat)..

Aishah

Okay, dah lama aku tak cerita pasal Aishah kan ? 🙂 . Minggu lepas,aku pergi cerita pasal perempuan lain pula dalam diari nie. Minggu itu, adalah minggu dimana Aishah mengetahui tentang blog nie.. Ishh… timing tak cantik lah… 🙂

Aishah, abang nak cerita pasal Ecah nie ye.. 🙂 . Semalam, adik aku (Fauziana) ada katakan kepadaku, “erol, apa kata kau belikan Aishah nie” (sambil tunjuk gambar di WhatsApp). Aku cakap, “bolehlah belikan dulu..nanti aku bayar”. Rajin pula adik aku nie hantar gambar-gambar WhatsApp kat Group family kitaorang. Aku suh diaorang jer lah yang pilihkan warna yang sesuai (orang perempuan kan, mesti dia tahu apa yang perempuan nak).. 🙂

Malam semalam sambil berbaring di tempat tidurku (nak melelapkan mata), aku terfikir.. “Aishah umur 21 tahun, aku umur 33 tahun, kalau bapa Aishah kahwin masa umur dia 20 tahun.. Umur bapa dia mesti dalam 40 tahun sekarang nie, lebih kurang sebaya aku jer.. tue pasal lah Aishah taknak kat aku”.. Haha.. 🙂 . Serius aku fikir perkara nie malam tadi… 🙂 .

Aku ceritakan kat Rao dan Jai kat tempat kerja hari nie, lepas tue Rao bantai aku, “takdelah.. mana tau Aishah tue yang paling bongsu ke, dia ada abang lagi ke, bapa dia dah tua (sambil buat gaya orang tua) kau mana tahu” . 🙂 ,betul-betul marah dia tadi.. Hahaa..:-) . Hari tue Rao ada kata kepadaku, “aku takkan terima kakak ipar aku, selain Aishah”.Haha..?

Tapi aku rasa legalah sedikit (at least aku boleh assume kenapa dia tak terima aku).. Untuk sedapkan hati jer.. Okaylah, dari aku tertanya-tanya kan ?. Ada beberapa rakan-rakan aku yang nak perkenalkan aku dengan wanita yang lain, (aku dah tengok gambar, memang cantik). Tapi, aku tak boleh paksa hati aku..

Bila aku dah cinta seseorang tue, aku akan berikan sepenuh kepercayaan hati aku ini pada orang aku cinta itu, rasa cinta dari hati saya itulah yang akan melindungi hati awak, bila awak rasa gelisah, bila awak rasa tidak tenteram, dan meskipun semuanya hilang dari diri awak sekalipun (kecantikan rupa paras), saya akan tetap bersama awak sehingga ke hari-hari terakhir awak..

Mimpi

Malam tadi, aku ada bermimpi tentang seseorang (wanita yang aku kenal), sudah berusia tetapi belum berkahwin. Tapi aku tak berapa nak reti mengolah kisah mimpi aku nie dalam bentuk penulisan (kalau bercerita, insyaAllah boleh).. Aku kena buka kamus dulu lah.. Haha. 🙂 .

Ketika aku menulis diari waktu dahulu, akan sentiasa ada kamus dewan bahasa edisi keempat di sebelah komputer aku.. Kalau tetiba aku stuck, aku akan buka kamus dan cari satu perkataan, bila dapat satu perkataan dan maksudnya, aku akan terus olah perkataaan itu menjadi satu cerita.. 🙂

Dipendekkan ceritalah ye, wanita ini berjalan dengan aku sehinggalah sampai di penghujung jalan, dimana ada satu longkang besar (air menuruni). Korang bayangkan macam empangan jer lah ye.. Dia nak naik ke atas (tapi curam kan, ada air mengalir turun lagi).. Aku katakan kepada dia, “licin nie nak naik ke atas, nanti jatuh”. Tapi dia taknak dengar, dia tetap naik.. tapi aku dah standby belakang dia lah (sebab aku tahu dia akan jatuh)..

Tekaan ku memang tepat (dia jatuh), tapi aku sambut dia dengan kedua-dua belah tangah aku (aku dapat rasa badan dia).. Aku bawa dia ketepi semula.. Tetapi dia nak cuba naik sekali lagi, (nasihat yang sama juga aku katakan kepada dia).. Bila dia naik sekali lagi, dia jatuh tergelincir lagi, aku sempat sambut dia buat kali kedua (dengan kedua-dua belah tangan aku).. Setiap mimpi itu ada maksudnya.. tengoklah macam mana nanti 🙂 . Tak lama dah, aku rasa dalam tahun ini juga…

Macam mimpi aku sebelum ini.. Diari 40 : Mimpi .. Dimana mimpi itu menceritakan tentang dua orang perempuan yang sentiasa mengikuti aku. Baru-baru ini, 2 orang perempuan inilah yang telah memainkan peranan penting dalam kejadian yang terjadi kepada diriku.. Lepas mimpi tue, aku dah mula berhati-hati dengan 2 orang perempuan nie.. (takkan semudah itu untuk ku berikan kepercayaan hatiku nie pada sesiapa pun)…

Lelaki Berlari

Cerita mengenai lelakiberlari, aku ingat nak buat baju lah 🙂 . Aku akan design logo nya nanti, InsyaAllah. Abang Asrin ada berikan cadangan hari tue, katanya, “lelakiberlari tue ada brand, nama dia bagus, kau boleh buat baju ke, topi ke, tulis lelakiberlari”.

Hanafi pun suruh buat baju, Abang Shokeri pun katakan kepadaku, “kalau kau buat baju, aku nak lima helai” 🙂 . Tapi aku taknak buat lelakiberlari.com , just lelakiberlari jer.. Nantilah (InsyaAllah).. Aku akan try deal dengan Angah.. (bulan depan lah)..

Freelance

InsyaAllah, esok aku akan start semula kerja-kerja freelance. Dalam masa 2 minggu ini, memang boleh dikatakan progress memang slow, tak banyak perkara yang boleh aku lakukan (melainkan melakukan kemaskini data).. Web development process (memang zero)..

Macam biasa aku akan bangun sekitar jam 3 pagi (untuk mulakan kerja). Ini khas untuk develop web Viral.my sahaja (aku buat duit dengan web nie dulu), tapi sekarang aku nak design semula. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.. Aku harap dapat siapkan menjelang bulan 8 nanti.. InsyaAllah.. 🙂

Untuk web hartanah.my pula, aku akan lebih memberikan tumpuan kepada marketing strategy.. Aku percaya pada potential website nie.. cuma sekarang nie aku takde masa yang mencukupi untuk buat semua itu.. InsyaAllah aku akan draft semula jadual waktu aku..

Okaylah ye, aku nak tidur dah nie… Esok nak pergi ke “syurga bagi orang yang miskin” bersama dengan teman-teman aku.. Kitaorang dah janji nak pergi sana esok.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
30 March 2019 10:12 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 68 : Perkara Yang Tidak Diduga..
Next Post Diari 70 : Suatu Naratif Dari Kami