Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 143 : Perjalanan Takdir

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

InsyaAllah, esok aku akan menghantar adik perempuan ku ke Johor (Uitm Segamat). Ayah tak berapa sihat untuk beberapa hari ini. Ini adalah kali pertama aku pergi ke Johor dan juga merupakan perjalanan yang paling jauh akan aku lalui (memandu). Sebelum nie paling jauh pun, pergi ke Senawang, Negeri Sembilan.

Tadi aku terfikir, andainya ini merupakan perjalanan terakhirku.. bagaimana dengan cita-citaku ? bagaimana dengan impianku ? bagaimana dengan keinginanku ? Apakah semuanya akan terkubur bersama-sama dengan diriku.. Adakah kehidupan dunia (takdirku) sebegitu ? Adakah aku telah tertipu atau adakah ini semua hanya ilusi kehidupan sahaja ? Manusia hanya hidup sekali, dan kehidupan yang sekali itulah yang akan menentukan segala-galanya (kehidupan selepas mati).

Penat ?

Tadi aku berbual dengan adik Rahim, katanya, “penat dah nak jadi hati orang nie”.. haha…Ya, memang betul kata-katanya, aku pun dah penat dengan semua itu, penat untuk memikirkan tentang orang lain. Aku rasa dah tak perlu lagi untuk aku melakukan semua itu.. Mengapa perlu ?

Aku rasa dah sampai masanya untuk berubah, berubah dari menjadi seseorang yang naif (terlalu mudah untuk di ambil kesempatan dan terpedaya dengan kata-kata manusia). Nak jaga hati manusia, sampai hati sendiri terluka (sakit dan disakiti). Okaylah, mulai hari nie, aku akan cuba untuk keraskan hati aku… Haha..Aku akan cuba ye. Sudah tidak terkira banyaknya, jika hendak di hitung, bagaimanabdiri ini telah dipermainkan oleh dengan orang… Aishhh.. Hurm.. takpelah, aku belajar dari semua ini..

Okaylah ye, aku nak tulis ringkas-ringkas jer malam nie. Esok pagi dah nak gerak ke Johor. InsyaAllah, lepas pulang dari Johor esok, aku akan bertemu dengan Wawa (dah lama tak jumpa dia). InsyaAllah, aku sedang usahakan yang terbaik untuk dia dan kiranya ditakdirkan suatu masa nanti semuanya tidak terjadi sebagaimana yang diharapkan, aku meminta maaf di atas kesilapanku dan kekurangan yang ada pada diri aku.. maafkan aku..

Khairul Azahar Sharriffuddin
2 September 2019 1:06 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 142 : New Chapter
Next Post Diari 144 : Jauh Dari Tanah Tumpahnya Darah