Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 140 : Sakti

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, malam nie secara rasminya aku lancarkan laman web terbaru daripadaku, bukitberuntung.my . Laman web hartanah yang dikhususkan untuk hartanah di kawasan bukit beruntung dan juga bukit sentosa. InsyaAllah dalam minggu ini, aku akan develop & design lagi satu web untuk hartanah di sekitar Rawang pula. (kesemua listing adalah daripada team property di tempat kerjaku sekarang)..

Aku dah fikir masak-masak, insyaAllah laman web hartanah.my akan aku revamp semula dalam masa yang terdekat. Laman web ini ada sedikit masalah dari segi SEO (search engine optimization) selepas di audit. Listingnya sukar untuk ranking di laman carian seperti google. Ini merupakan salah satu perkara yang aku belajar daripada kesilapan aku. Untuk laman web bukitberuntung.my , aku dah perbaiki kesemua kesilapan itu. InsyaAllah dalam masa 1-2 tahun, laman web ini akan menerima pengunjung secara organik….

Alhamdulillah, aku juga mendapat sokongan daripada ayah. (itu yang paling penting sekali). Semenjak daripada kecil, ayah akan sentiasa support dan tidak menghalang cita-cita aku. Ayah tanya, “kerjanya bila last erol”. Aku cakap, “minggu hadapan ayah”. Sambung ayahku lagi, “kalau ada apa-apa nanti, cakap dengan ayah”. InsyaAllah, aku akan lakukan yang terbaik untuk kali ini… InsyaAllah, aku harap kawan-kawan aku semua akan mendoakan aku..

Alhamdulillah, 2 hari lagi aku akan pergi daripada tempat yang telah banyak mengajar aku tentang kehidupan. Nak tau tak ?. Sepertinya ada suatu kesaktian di tempat ini (perkara yang luar biasa). 100% peratus mimpi aku berkaitan tempat ini dan orang-orangnya, benar-benar menjadi kenyataan di dalam hidup aku (semenjak daripada tahun pertama lagi). Ada banyak perkara aku nak cerita, tapi tak sesuai untuk masa sekarang. Aku cuma boleh kasi hint jerlah … Ada perkara yang kita boleh cerita, dan ada perkara yang lebih baik kita simpan untuk pengetahuan diri sendiri sahaja..

Kalis..

Sebelum nak cerita mengenai kesaktian, meh kita tengok dulu definasinya mengikut kamus dewan bahasa edisi ke-empat terlebih dahulu : kesaktian kuasa yg di luar kemampuan manusia dll biasa (kebal dll):  atau dalam bahasa mudahnya, suatu kuasa yang diluar kemampuan daya upaya manusia secara kebiasaannya yang membuatkan seseorang itu kebal (kalis) daripada anasir yang tidak baik (yang berniat jahat)…

InsyaAllah, dalam diari malam nie, aku akan berkongsi serba sedikit ilmu yang ada ini untuk dijadikan amalan bersama (khas untuk orang islam). Ilmu-ilmu ini sangat powerful dan diharap dapatlah mengamalkannya (jangan biarkan ada kelompongan yang boleh membenarkan kejahatan itu sampai kepada diri). Sesuatu amalan yang dilakukan secara berulang-ulang dipanggil sebagai wirid dan dengan wirid itulah akan datangnya warid (kurniaan Tuhan).. pendek kata, akan ada perkara-perkara yang ajaib akan berlaku apabila melakukannya secara istiqamah..

Ilmu ini digunakan apabila keluar daripada rumah, terutama orang-orang yang ingin keluar mencari rezeki. : (kesemua amalan ini boleh dilakukan di dalam perjalanan ketika memandu ke tempat kerja). Aku taknak ceritakan details sangat mengenainya, nanti dah jadi macam buku pula.. hehee… Cukuplah sekadar untuk belajar dan amal sahaja..

SATU : Mulakan dengan doa ini (doa keluar rumah). Baca sebanyak 3 kali (jangan kurang). Doa nie paling powerful sekali. Doa ini kan melindungi diri daripada didekati syaitan (takkan ada syaitan yang boleh mendekati pada hari itu) dan akan dijaga daripada segala macam keburukan (kena faham dulu definasi keburukan dulu ye, nanti kalau tayar pancit pun cakap benda itu tak baik)… susahlah macam tue ?..

DUA : Doa pendinding. Doa nie dah biasa kita dengar, tapi tak ramai yang mengamalkannya. Doa ini akan melindungi diri daripada sebarang mudharat tidak kira apa jua perkara-perkara di langit ataupun di bumi. Baca doa ini selepas doa yang pertama tadi, sebanyak 3 kali juga.

Jangan lupa baca setiap kali nak keluar daripada rumah (terutama nak pergi kerja). Lepas dah baca kedua-duanya, bacalah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Istighfar 100x dan Selawat 10 kali (niat sedekahkan kepada para nabi dan rasul, ibu-bapa, ahli keluarga, dan sahabat-sahabat, ataupun sesiapa sahaja yang hidup ataupun yang telah tiada). Lepas selesai, lengkapkanlah ia dengan bacaan doa (macam biasa).. tapi selitkan satu baris doa ini, “Ya Allah, menangkanlah aku ke atas orang yang ingin berbuat kejahatan ke atasku” . (3 kali).

Jadikan ia sebagai satu amalan “wajib” yang di lakukan setiap kali ingin keluar daripada rumah. InsyaAllah, bila ikhlas & istiqamah melakukannya, akan datangnya warid (kurniaan Tuhan) ke atasmu. InsyaAllah, akan dapat petunjuk dari pelbagai bentuk (terutama mimpi), tentang orang-orang yang ingin melakukan kejahatan.

Disitulah akan terlihat semuanya dengan jelas.. siapa yang menggunakan sihir, siapa yang sedang merancang sesuatu yang jahat, siapa yang melakukan ini.. siapa yang melakukan itu.. dan bila kau dah tahu semua itu, boleh lah aku katakan, kau hanya akan tersenyum sahaja melihat mereka-mereka ini di dalam dunia nyata 🙂 … Selamat beramal…

Khairul Azahar Sharriffuddin
27 Ogos 2019 11:57 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 139 : Cerita Ke Hulu Dan Ke Hilir..
Next Post Diari 141 : Telah Berakhirlah Suatu Kisah..