Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 122 : Semakin Rapuhlah Hati ini…

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

Beberapa hari dah tak menulis kan ? . Malam tadi, aku tak berapa nak sihat (demam), rasa sakit di tekak. Bangun waktu pagi tadi pun, masih lagi terasa sakit. Alhamdulillah, bila sampai di tempat kerja awal pagi tadi, kesihatan aku dah semakin beransur pulih. Minggu ini, aku tak sempat nak buat apa-apa kerja (freelance), disebabkan ada komitmen pada kerja yang lain dan juga tahap kesihatan aku yang tak berapa nak okay minggu ini.. hehe 🙂

Okay, bersambung cerita hari ini. Masa aku nak keluar untuk sembahyang jumaat tengah hari tadi, aku perasan tayar hadapan kereta aku bocor. Masa itu, aku tak boleh nak buat apa lah, aku redah jer pergi batang kali (kedai tayar yang terdekat). Sampai sana, aku try tampal tayar (tak boleh, sebab bocor dah besar sangat), terpaksa tukar baru.. Aishh.. (bukan aishah ye)..Hahaa.. 😉 . Masa tue, terasa nak pergi syurga orang miskin jer (empangan hulu selangor) untuk tenangkan fikiran.. Haha. (Abang Shokeri namakannya sebagai, Syurga Orang Susah).. hee 🙂

Petang tadi, lepas balik kerja, aku ke Bandar Rawang sebentar, beli KFC (pakcik aku kirim). Sampai rumah sekitar jam 6:30 petang. Badan pun sekarang cepat letih (esok pagi, aku nak jogging juga). Kasi Up stamina sikit, nanti aku upload gambar kat instagram.. 😉

Hati Yang Rapuh

InsyaAllah, hari isnin ini, secara rasminya aku akan memberikan notis perletakkan jawatan kepada majikanku. Semalam, aku dah menyatakan hasratku kepada pengurus Jabatan. InsyaAllah, aku akan meneruskan pekerjaanku seperti biasa sehinggalah akhir bulan 8 ini (mengikut kontrak perletakkan jawatan selama sebulan).

Alhamdulillah, aku dah dapat pekerjaan yang baru beberapa hari yang lepas. Buat masa ini, aku masih melakukannya secara separuh masa (part time) dan masih lagi menambah ilmu pengetahuan mengenai bidang property (hartanah) di Malaysia. Selepas ini, InsyaAllah aku akan ada beberapa pekerjaan, yang pertama di dalam bidang IT dan yang kedua bidang Property dan kini aku sedang berusaha untuk mengabungkan kedua-duanya.. InsyaAllah..

Jika sesiapa yang membaca perjalanan diari-diari aku sebelum ini. Aku ada menceritakan bagaimana aku sedang berusaha untuk mencapai segala impianku. Kali ini, aku akan buat sampai habis (aku dah tak boleh berpatah kembali). Aku tahu, risiko yang aku ambil ini akan memberi kesan jangka panjang di dalam hidupku, jika aku berjaya menghadapinya (aku akan betul-betul berjaya), jika aku salah, kesannya aku rasa lebih kepada perasaan hati aku jer lah. (dan mungkin juga dia). Cuma aku perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru…

Untuk kembali bekerja (makan gaji semula), tak sukar, terutama bekerja di dalam bidang teknikal (sebab ada pendidikan dan pengalaman sebelum ini), tapi aku dah taknak kerja macam nie lagi. Aku dah penat nak laluinya, cukuplah.. aku nak enjoy hidup aku, selagi ada masa nie, aku nak bebas… bebas dengan dunia yang entah apa-apa nie.. hehee.. 😉

Entah apa-apa ?

Ya, entah apa-apa. Dunia yang entah apa-apa. Pengalaman hidup yang aku hadapi beberapa ketika waktu ini merupakan pengalaman terhebat sepanjang hidupku. (beberapa rakan aku pun mengatakan perkara yang sama juga). Pengalaman ini sebenarnya dah mengubah diri aku yang dulu (terutama perasaan hati aku). Memang dah tak sama..

Macam mana kau tengok kisah-kisah yang ada dalam drama, semua kisahnya itu, aku lalui sendiri di dalam hidupku DAN semuanya dah memberi kesan dalam hidup aku. (sampai aku termimpi-mimpikannya). Dari awal penulisan diari ini, aku ada menceritakan bagaimana aku meletakkan kepercayaan (TRUST) di tempat yang istimewa dalam hatiku. Tetapi, aku sebenarnya diuji dengan perkara itu… betul-betul diuji..

TRUST adalah suatu bentuk kepercayaan yang diberikan kepada seseorang dengan harapan seseorang itu tidak akan mencuranginya. Tak kiralah dalam bentuk apa sekalipun, sama ada dalam bentuk kata-kata ataupun tindakan. TRUST datangnya daripada Hati. Jika seseorang mencuranginya, sakitnya lebih daripada apa yang dirasai oleh jasad (akan tersimpan lama) dan akan menjadi dendam…

Oleh kerana perasaan dendam itulah yang sebenarnya telah mematikan hati aku (aku dapat rasakannya). Hati yang seperti ini kah yang aku nak bawa berjumpa dengan TUHANKU ?. Aku tahu, aku takkan selamat dalam keadaan hati seperti ini. (hati yang rosak). Aku dah tak sabar sebenarnya nak keluar daripada tempat ini kerana semakin lama aku disini, semakin rapuhlah hati ini….

Khairul Azahar Sharriffuddin
26 July 2019 10:38 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 121 : Lelaki Yang Berlari..
Next Post Diari 123 : Bermakna Bagi Hati..