Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 53 : Sesuatu Perkara

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pukul 12 Tengah hari tadi, aku cakap kat ibuku, “Mak,nak pergi sembahyang jumaat jap”. Ibuku tanya, “masjid sini ke ?” . Aku jawab, “tak, kat Serendah”. Ibuku balas, “iyolah tue..”.. Haha.. 🙂 . Kalau orang dulu-dulu, kalau tak dapat tengok orangnya, dapat tengok bumbung rumah pun jadilah :-).. Kalau zaman sekarang pula, tak dapat tengok orangnya, tapi dapat tengok tempat parking nya pun jadilah.. Haha.. 🙂 . Hari nie dapat tengok bumbung stesen minyak pun jadilah.. 🙂 .

Dari pagi tadi, aku cuba integrasi payment gateway di dalam website aku. Aku try pakai billplz, tapi tak boleh, sebab kena pakai account bank company. Aku try cari solution, aku jumpa IBill.my. Tapi kena bayar RM99/year untuk dapatkan API KEY. Jadi buat masa ini, aku pilih Ibill.my dan Paypal bagi Payment Gateway di website aku.

Payment gateway nie penting untuk menerima bayaran daripada servis yang aku tawarkan dalam website. Contoh, masa korang beli online (Lazada & Shopee), masa checkout, diaorang akan bawa korang ke payment gateway (bayar online melalui akaun bank korang).. Macam itulah fungsinya.

InsyaAllah semuanya akan berjalan seperti yang dirancang, aku dah risau.. kalau payment gateway nie failed…. habislah aku. 🙂 . Malam ini aku akan cuba integrasi dengan web. Buat masa ini juga, aku sedang design main page (homepage), dan ada juga beberapa perkara yang kecil yang aku tak boleh terlepas pandang.

Paling lewat pun aku nak release beta version dalam minggu pertama (bulan 3). InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja. Yang ditakdirkan Untuk Terjadi Pastinya Akan Terjadi… 🙂 . InsyaAllah, jika aku dapat generate RM100 000 ribu pertama daripada web yang sedang aku bangunkan kini, aku akan terus kahwin.. Mimpi biar sampai ke Bintang 🙂 .. Haha..

Petang nanti, InsyaAllah aku nak pergi Gym (semalam tak pergi), tangan aku sakit.. :-). Hari ini dah okay 🙂 . Waktu cuti ini adalah waktu yang terbaik untuk diri aku. Banyak perkara yang aku dapat..

Abang Syokeri katakan kepadaku sebelum bercuti hari itu, “InsyaAllah, paling kurang pun kau akan dapat satu, takpun dua”.. Alhamdulillah, sepanjang minggu cuti ini, aku dah dapat lebih daripada 2 perkara di dalam hidup aku 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
22 Februari 2019 3:50 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 52 : Rahsia Lelaki
Next Post Diari 54 : Yang Dicari