Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 112 : Tak Pernah Dilupakan..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari nie kepala aku sakit sangat (migrain). Bermula dari waktu tengah hari tadi (selepas waktu rehat).Sakitnya jangan cakaplah,tak tertanggung rasanya. Aku sebenarnya dah penat untuk melaluinya.. Letih sangat.. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi, dah tak sanggup nak melaluinya lagi.. Bukan sekejap, tapi dah hampir 10 tahun.. Yang menghairankan, kenapa selalu terjadi pada hari sabtu, sampai sekarang aku musykil.. Hurmm entahlah, mungkin ini bahagian aku agaknya..

Dari dahulu lagi, perkara yang akan melemahkan aku adalah bila sakit kepala.. Akan jam terus.. Fikiran akan bercelaru, tangan menggigil, sebahagian badan akan rasa sakit dari bahagian belakang mata sehingga ke bahu (rasa seperti ditarik).. Siapa yang pernah melaluinya sahaja akan faham.. Jom kita buka group migrain nak tak ? Haha.. 🙂

Lemang Terbakar ?

InsyaAllah esok hari, aku bersama dengan teman-teman akan pergi ke rumah Abang Shokeri pada waktu pagi (jam 8 pagi). Kitaorang planning untuk bakar lemang.. Haha.. 🙂 . Dah lama kitaorang tak lakukan aktiviti bersama, nak belajar juga cara buat lemang dengan Abang Shokeri. Nie kira penutup untuk Hari Raya Lah..:-)

Waktu malam pula, ada jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan adik Rao. InsyaAllah, aku akan datang. Aku sebenarnya nak habiskan waktu-waktu bahagia aku dengan diaorang semua (untuk beberapa bulan terakhir ini). Lepas nie, mungkin dah tak berjumpa lagi dan mungkin aku akan sangat sibuk dengan kehidupanku..

InsyaAllah aku akan ada life baru, disebabkan aku nie jenis tak pandai untuk berkata-kata, aku nak belajar skill untuk berkomunikasi. Banyak berfikir dan merasa membuatkan aku lemah untuk berkata-kata. Apa yang aku belajar disini adalah pengalaman yang terhebat yang pernah aku lalui sepanjang hidupku..

Aku tak boleh nak ceritakan semuanya, disebabkan aku masih lagi terikat dengan peraturan yang perlu aku patuhi. Orang-orang yang aku kenali dan berinteraksi dalam jangka masa setahun ini sebenarnya yang telah mengubah cara aku berfikir dan merasa (aku tak rasa, aku seperti dahulu lagi).. tak sama.. dan takkan pernah sama lagi..

Dan sejauh mana pun ku paksa untuk fikiranku melupakan semuanya. Disitulah tetap ia akan ada… dan mungkin untuk selamanya… mungkin.. Dan disebabkan itulah, aku memilih untuk pergi…

Khairul Azahar Sharriffuddin
29 Jun 2019 10:34 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 111 : Persinggahan Hati
Next Post Diari 113 : Telah Sempurnalah Ceritanya..