Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 141 : Telah Berakhirlah Suatu Kisah..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat mengakhiri hari terakhir ku bekerja disini di dalam keadaan yang baik. Dalam beberapa bulan terakhir ini, boleh aku katakan, hati aku memang dah tiada rasa untuk bekerja disini lagi, tapi aku paksakan juga untuk hadirkan diri. Hari ini semuanya dah sempurna.. 🙂 . Aku rasa bahagia sangat meninggalkan kesemuanya dan aku nak lupakan apa yang telah menjadi kenangan disini (looking forward).

Aku nak rehat dahulu dalam masa 2-3 hari nie, jumpa wawa dulu.. Haha.. then, barulah aku aku sambung semula semua kerja-kerjaku. Impian aku nak jadi jutawan, tapi apakah semuanya akan jadi kenyataan ? Hehehe.. InsyaAllah.. 🙂

Hari ini, aku datang bekerja dengan memakai baju kameja berwarna hitam. Nak tahu tak ? Baju ini aku pakai 4 tahun yang lepas ketika datang untuk interview (temuduga). Sebagaimana aku datang dahulu, sebegitu jualah aku mahu menutupnya. 🙂 . Aku bekerja separuh hari sahaja hari nie, selepas pulang, aku berhenti seketika di kedai makan Antara Gapi, (sebelah seven eleven).

Aku order Nescafe O Ais dan mee rebus (walaupun aku baru lepas makan tengah hari di kilang), aku tetap makan semata-mata untuk meraikan kejayaan aku .. Hahaa… 🙂 . Lepas selesai makan, aku bergerak ke Empangan Hulu Selangor. (aku pergi ke tempat-tempat favorite aku jer hari nie)

https://www.instagram.com/p/B1vIok3FJsl/?utm_source=ig_web_copy_linkhttps://www.instagram.com/p/B1vIok3FJsl/?utm_source=ig_web_copy_link

Air empangan semakin surut, tapi hatiku tidak akan pernah surut. Hidup ini hanyalah sekali dan aku nak jadi yang terbaik dalam kehidupan ini.. Ya, aku nak jadi yang terbaik.. ~. Okay, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah mencurahkan segala ilmunya kepadaku dan juga yang telah membantu sepanjang perkhidmatanku disana.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
29 Ogos 2019 8:50 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Previous Post Diari 140 : Sakti
Next Post Diari 142 : New Chapter