Diari 155 : Yang Telah Berlalu Pergi

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Malam tadi, semasa aku scroll video di Facebook, ada satu video yang mencuri perhatian aku. Rakaman Anugerah Juara Lagu tahun 1991 (full version), aku tengok sampai habis, ada skip jugalah, sebab 2 jam lebih weih (lama sangat tue).. Hahaa.. :-).

Aku terus jump kepada konklusi lah ye, meskipun audio tak berapa nak clear masa aku dengar tue. Malam tue, persembahan Shima memang terbaiklah. Tergamam juga aku tengok, tak sangka sehebat itu. Jika dilihat dari karekter shima kan, dia nie memang lembut orangnya + manis lah. Masa tue, dia masih kurus lagi, tetapi manisnya tetap ada. Malam tue, dia membawakan lagu, setelah aku kau miliki, memang sebiji macam dalam kaset.. Fuhhh.

Jika ditanya kepadaku, siapa penyanyi yang paling aku admire kat Malaysia nie, aku berikan list lah ye.. Hahaa. 🙂 . Yang pertama, mestilah Siti Nurhaliza. First sekali aku lihat dia di Anugerah Juara Lagu 1996. Aku lihat dia live kat Televisyen. (Malam tue dia jadi juara). Lagu Siti yang paling aku suka adalah Kau Kekasihku. Then yang kedua, Francesca Peter. Aku kalau dengar dia menyanyi, umpama seperti berada di awang-awangan lah. (sukar untuk aku huraikan dalam bentuk kata-kata). Lagu Francesca yang paling aku suka adalah Akulah Kekasihmu.

Yang ketiga, Fauziah Latif, Suara dia yang mendayu-dayu tue, kalau aku dengar memang boleh cair lah. Banyak lagu dia yang aku suka, Tapi yang paling aku suka sekali…Hurmm..susah nak katalah, sebab banyak sangat.. hahaa.. 🙂 .Okaylah ye, malam nie aku nak cerita pasal nie jer sebenarnya.. 🙂 . Tak berapa nak sihat, demam + migraine (tapi dah beransur pulih), tue yang aku terus bangun tulis diari tue. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
16 Oktober 2019 12:33 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Share Artikel Ini Di Whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Berbual ? Meh WhatsApp

Seorang Freelance Web Developer, Budak Kurus Dan Selalu Migrain !!.. Nak Buat Website Super Murah ? WhatsApp jer..

Lelakiberlari.com

Khairul Azahar Sharriffuddin

Online

Khairul Azahar Sharriffuddin

Salam, what can i do for you ? 00.00