Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 56 : Yang Tersembunyi

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Petang tadi, lepas balik kerja, aku singgah dulu kedai makan (bungkus daging merah), memang favorite lah.. 🙂 . Selalunya, bila teringin nak makan sesuatu (aku akan beli jer).. Lepas balik kerja, mesti aku singgah kedai makan dulu, bagi aku kan, apa guna kalau bekerja (ada duit), tapi keinginan hati tak dapat dipenuhi..

Bagiku, ada dua perkara yang perlu dipenuhi (bagi orang yang bekerja) dalam hidup. Tapi ini pandangan aku lah ye, yang pertama, tidur biar lena (bukan waktu tidur), tetapi kau benar-benar rasa rehat bila tidur, tak kisahlah sejam ataupun dua jam sehari. Yang kedua pula, makan biar kenyang dan makan makanan yang terbaik..

Kedua-dua ini memang aku jaga lah.. Sebab jika kau tanya pada diri sendiri, “sebab apa aku bekerja ?” . Disitu kau dah boleh buat satu kesimpulan .. 🙂

Geng Steady

Hari ini, geng-geng steady ada mencadangkan projek terbaru cuti hujung minggu bagi bulan 3/2019 selepas kejayaan ke Bukit Fraser minggu lepas.. Adik-Adik kita (Rahim,Sai,Afiq) mencadangkan untuk pergi berkelah (mandi-manda).. 🙂 . Cadangan dipersetujui, dan pada program kali ini, hampir kesemuanya ada menyatakan persetujuan untuk menyertainya.. 🙂

Abang Zul dan Abang Syokeri dilantik untuk mengetuai program nie, Hanafi kitaorang lantik jadi koordinator (penyelaras program) dan dia pandai dalam bab-bab macam nie.. 🙂 .

Cerita Sai

Okay, ini cerita yang paling steady hari ini lah.. Haha.. :-). Sai, aku buat diari nie khas untuk kau, hanya orang-orang yang terpilih jer yang aku masukkan nama dia dalam diari aku… 🙂 (kau cakap kau selalu baca diari aku kan).. Tapi aku rasa malam ini kau tak boleh baca lah dan termasuklah update status kau .. Haha.. 🙂

Petang tadi, masa maintenance buat projek kat tempat loading & unloading kontena, Sai adalah belajar welding dengan Helmy.. Lama juga aku tengok dia welding (semangat lain macam jer).. :-)..

Masa dia tengah welding tue, aku dengan abang Zul katalah, “habislah member kau malam nie, esok confirm tak datang kerja punya” Haha.. 🙂 . Masa Sai dah habis belajar welding, aku keluarkan Eye-more dalam poket dan aku berikan kepada dia, “ambil nie, malam nie mesti kau memerlukannya”… 🙂 .

Aku cakap kat Sai, “esok kalau kau boleh datang kerja, abang belanja Nasi Lemak tiga orang”… Esok aku kena keluar awal lah, standby beli nasi lemak untuk tiga orang adik :-).. Tapi aku confident lah Sai tak datang kerja esok.. 🙂 . Kalau dia dapat datang pun, mata dia mesti barai punya.. 🙂

Aku pernah belajar teknologi kimpalan (welding) di GiatMara tahun 2010 dan bekerja hampir 4 tahun juga sebagai Welder & Fitter. Aku dah tak nak kerja lagi macam tue.. Penat tak ingat punya, balik kerja mesti terus tidur jer.. kalau fikir-fikir balik, menyesal pun ada.. (gaji sikit, kerja macam … ). Okay Sai.. Abang akan berpegang pada janji abang + Air 100 plus sebotol :-).

Cerita pasal gaji, teringat pula aku pasal Hanafi. Tadi aku buat kerja dengan dia (kemas bilik sebelah Lab). Macam nak mati kerja.. Haha.. (buang barang-barang yang lama, expired).. Masa aku tengah kerja, dia cakaplah, “kerja berpeluh-peluh, gaji seribu jer..”, lepas itu aku tambahlah, “nak kena buang kerja lagi.”.. Hahaha.. (Hanafi pun gelak)… 🙂

Hanafi nie adalah antara orang yang paling rajin bekerja.. Dia nie kalau kerja, dari pagi sampai petang tak berhenti. (takde orang yang boleh lawan dia).. Satu jer kelemahan dia, tak pandai nak membodek (suka melawan).. Dia nie antara best friend aku lah, walaupun dia sengal..haha 🙂

Dia akan jaga aku, bila aku sakit, bila dia nampak aku tak sihat jer, dia akan keluarkan bekas ubat dia, suruh aku rehat lah, dia akan paksa aku duduk lah, tidurlah.. Aku boleh nampak karekter dia berubah, bila nampak aku tak sihat.. (sangat caring).. Terima kasih hanafi.. 🙂 .

Tak semua orang boleh faham diri aku, tak ramai.. memang tak ramai… tapi ada.. Tapi yang ada ini, aku akan jaga dia.. aku akan jaga dia sebagaimana dia jaga hati dan perasaan aku, bila aku berada di dalam keadaan tidak sihat.. aku akan ingat sampai bila-bila.. 🙂

Okay, ikutkan ada lagi cerita nie. Tapi aku dah malas nak taip lah.. Haha.. 🙂 . Okay Sai, Steady.. Esok Abang Belanja Nasi Lemak+ Ayam+ 100 plus sebotol 🙂 Untuk Aishah pula, nanti saya nak hadiahkan awak satu teddy bear (besar punya).. Tunggu ye, nanti akan ada orang yang hantarkan, InsyaAllah..

Khairul Azahar Sharriffuddin
26 Februari 2019 8:32 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 55 : Dan Seperti Dulu
Next Post Diari 57 : Hanya sekali..