Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 103 : Yang Tidak Terpisah..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Petang nie, kepala aku sakit lagi (migrain). ?. Masa kat tempat kerja tadi, aku dah rasa lain macam (sekitar jam 3 petang). Aku dah letih nak lalui semua nie. Letih nak menahan rasa sakit. Sakitnya adalah sakit yang teramat sangat. Boleh bayangkan tak, aku dah lalui kesakitan nie semenjak umurku 24 tahun lagi sehingga sekarang.. Aku dah letih..

Debu Kenangan

Semalam aku mendapat perkhabaran, YTL telah berjaya mengambil alih kesemua aset perniagaan Lafarge di Malaysia bermula 1 Jun 2019. Ini termasuklah Cement Plant di Rawang, Khantan, dan Langkawi. Jadi sekarang ini, YTL telah menjadi main player untuk industri cement di Malaysia. Jadi, apa kena mengena perkhabaran ini denganku, ada share ke ?

Haha.. 🙂 . Takdelah, cuma berita ini ada nilai sentimental dalam hidup aku sebenarnya. Nak aku ceritakan tak ? Okay, aku mulakan beginilah ya. Boleh dikatakan seumur hidupku sampailah sekarang nie, semuanya ada kena mengena dengan industri cement (semenjak aku lahir lagi)..Haha.. 🙂

Ayahku semasa usia remajanya, bekerja di Cement Plant di Rawang (APMC sebelum diambil alih oleh Lafarge). Ayah bekerja di bahagian Central Control Room (CCR) selama hampir 18 tahun, kata ayahku. Disitulah ayah bertemu dengan Ibu.. Haha. 🙂 . Kemudian berkahwin, lahirlah aku. Aku masih ingat lagi warna pakaian ayahku ketika bekerja disana semasa usia kecilku..

Debu-debu cement yang ada pada baju dan rambut ayahku sudah menjadi kebiasaan untuk mataku melihatnya. Sekitar umurku 7 tahun, ayah mendapat tawaran bekerja di Negeri Sembilan dalam industri Ceramic.(Hand Former). Ayah selalu membawa aku ke tempat kerjanya pada waktu malam (ketika itu ayah menjadi supervisor di KILN section). Disitulah aku melihat KILN (tempat pembakar). Masa itu, aku tak tahu apa yang aku lihat (nampak api jer). Rupanya itu semua adalah produk-produk refractory.. 🙂 .

Sekitar tahun 1997-1998, YTL telah membuka Syarikat Cement pertamanya di Pahang yang dinamakan sebagai Pahang Cement. Ayah berpindah ke Kuantan, Pahang dan bekerja di sana berseorangan selama setahun sebelum membawa kami sekeluarga berpindah ke sana pada tahun 1998.

Pada tahun 2004, YTL berjaya mengambil alih Perak Hanjoong Cement dan pada tahun tersebut ayah telah diarahkan untuk berpindah ke sana, manakala kami sekeluarga berpindah semula ke Rawang. Setiap minggu ayah akan pulang ke sini (Rawang).

Dan aku Pula ? Ya, semenjak kecil lagi, aku dah bersama dengan debu-debu cement ayah.. haha 🙂 . Selepas aku tamat belajar di GiatMara Seremban pada tahun 2010, aku memulakan kerjaya aku di Concrete Engineering Products Berhad, (Cepco) lebih kurang 4-5 tahun aku bekerja di sana di dalam bahagian maintenance.

Kali terakhir aku bekerja di Syarikat ReadyMix Cement sebelum aku memasuki tempat kerja aku sekarang nie. Cement Juga kan ? Tapi high temperature cement dan kegunaan produknya juga diperlukan untuk industri syarikat cement. Haha.. Tak boleh nak terpisah kan cement di dalam hidupku ?

Okaylah ye, selamat berbuka puasa untuk semua.. :-). Aku pun dah penat nie. Nak rehat malam nie.. InsyaAllah aku akan launch laman web Viral.my Esok.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
25 May 2019 7:02 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 102 : Mencari Pengalaman..
Next Post Diari 104 : Yang Melahirkan Rasa..